Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Tinjauan: 43% pekerja hantar makanan sumbang kepada CPF

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 43 peratus daripada pekerja penghantaran makanan di sini telah membuat sumbangan ke dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka menerusi pekerjaan bebas atau 'gig' atau menerusi pekerjaan sepenuh masa.



Namun, 61 peratus tidak mahu pendapatan yang diraih daripada pekerjaan 'gig' mereka dipotong secara langsung bagi sumbangan CPF itu.



Demikian menurut satu tinjauan bersama yang julung-julung kali dijalankan oleh tiga syarikat penyedia wadah penghantaran makanan terbesar di Singapura iaitu Deliveroo, foodpanda dan Grab melibatkan sekitar 4,200 responden.



Tinjauan itu dijalankan antara 4 dengan 17 Mac lalu.



Dapatan itu diharap dapat memberikan pemahaman, jangkaan dan motivasi golongan para pekerja penghantaran makanan ini.



"Adalah penting suara penunggang kami didengar dan realiti serta perspektif mereka diambil kira dalam semakan yang sedang dijalankan. Kerja 'gig' sebahagian besarnya masih disalahertikan, bermula dengan tanggapan salah bahawa penunggang bergaji rendah. Mereka menerima median pendapatan setiap jam antara $12-18, yang jauh lebih tinggi dalam tempoh lebih sibuk,'' ujar kenyataan bersama Deliveroo, foodpanda dan Grab semalam.



Sebelum ini, pemerintah membentuk Jawatankuasa Penasihat berkaitan Pekerja Platform yang bertujuan mengukuhkan perlindungan bagi golongan tersebut. Antara lain, jawatankuasa itu merancang menggalak syarikat menyumbang kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pekerja tersebut.



Dapatan itu menunjukkan 61 peratus responden tidak mahu pendapatan pekerjaan bebas mereka dipotong secara langsung bagi sumbangan CPF.



Namun sekitar dua dalam 10 responden bersikap terbuka jika sumbangan itu berjumlah lebih kurang 10 peratus daripada pendapatan mereka.



Hampir setengah iaitu 43 peratus pekerja penghantaran sudah membuat sumbangan kepada CPF, menerusi pekerja penghantaran atau pekerjaan sepenuh masa.



Namun 16 peratus responden menyatakan mereka tidak tahu mereka perlu berbuat demikian.



"Lebih banyak perlu dilakukan bagi mendidik pekerja penghantaran terhadap celik kewangan dan keperluan berkaitan Individu Bekerja Sendiri (SEP)," ujar kenyataan bersama Deliveroo, foodPanda dan Grab semalam.



Kebanyakan pekerja 'gig' ini melihat pekerjaan itu sebagai sumber pendapatan jangka masa pendek dan 65 peratus responden melakukan pekerjaan itu secara sambilan dan tidak bergantung sepenuhnya sebagai gaji tunggal.



Hanya 29 peratus pekerja menyatakan kesemua pendapatan mereka datang daripada pekerjaan gig.



Enam dalam setiap 10 pekerja menyertai ekonomi 'gig' semasa pandemik Covid-19 dan aturan kerja fleksibel adalah sebab utama mereka menyertainya.



Sebelum ini, satu dapatan tinjauan dijalankan Institut Kajian Dasar (IPS) mengenai pekerja platform seperti pekerja penghantaran makanan dan pemandu kereta sewa privet, mendedahkan, walaupun pekerja 'gig' menikmati aturan bekerja yang fleksibel, mereka mempunyai simpanan yang berkurangan dan tidak mempunyai masa untuk meningkat kemahiran.



Kajian, yang melibatkan hampir 1,000 responden itu, menunjukkan 84 peratus daripada mereka risau sama ada mereka cukup wang untuk persaraan manakala 88 peratus bimbang tentang sama ada mereka mempunyai simpanan mencukupi ataupun tidak bagi kecemasan perubatan.




“Adalah penting suara penunggang kami didengar dan realiti serta perspektif mereka diambil kira dalam semakan yang sedang dijalankan. Kerja ‘gig’ sebahagian besarnya masih disalahertikan, bermula dengan tanggapan salah bahawa penunggang bergaji rendah. Mereka menerima median pendapatan setiap jam antara $12-18, yang jauh lebih tinggi dalam tempoh lebih sibuk.’’

Kenyataan bersama Deliveroo, foodpanda dan Grab.




DAPATAN TINJAUAN



  • 60% pekerja penghantaran sertai ekonomi 'gig' sebagai aturan jangka pendek

  • 30% jangka lakukan kerja ini lebih tiga tahun

  • 65% jalankan kerja 'gig' secara sambilan, tidak bergantung kepada pendapatan itu sebagai sumber utama

  • 84% dapati sokongan disediakan firma platform mencukupi

  • Pekerja penghantaran dapat gaji median $12-$18 sejam

  • 43% sudah pun sumbag kepada CPF melalui pekerjaan 'gig' dan pekerjaan tetap.

  • 61% tidak mahu sumbang CPF melalui pendapatan pekerjaan 'gig'.

Sumber: Dapatan tinjauan bersama Deliveroo, foodpanda dan Grab




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >