Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: KESAN KELONGGARAN SEKATAN KE ATAS PEKERJA PENGHANTARAN MAKANAN

Tinjauan: 60% penghantar makanan ceburi bidang sewaktu pandemik

May 21, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 60 peratus pekerja penghantaran makanan di sini menceburi ekonomi gig di tengah-tengah pandemik Covid-19, menurut satu tinjauan yang dilakukan tiga wadah penghantaran di sini.



Namun, hampir dua daripada tiga daripada 4,200 penghantar makanan yang ditinjau berkata mereka menghantar makanan hanya secara sambilan, dengan purata 54 peratus bekerja kurang daripada 20 jam seminggu, menurut tinjauan yang dikeluarkan pada 29 Mac tahun ini.



Dilaksanakan antara 4 dan 17 Mac, tinjauan itu adalah yang pertama dijalankan secara bersama oleh Grab, Deliveroo dan foodpanda, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Pautan bagi tinjauan tersebut telah diedarkan melalui wadah aplikasi mudah alih dan saluran komunikasi penunggang.



Tinjauan itu mendedahkan bahawa 29 peratus daripada penunggang bergantung pada kerja penghantaran makanan untuk semua pendapatan mereka, dan hanya 25 peratus berkata mereka melakukan pekerjaan gig itu selama lebih daripada 40 jam seminggu.



Apabila ditanya motivasi mereka untuk meneruskan pekerjaan gig ini, 57 peratus mengatakan fleksibiliti sebagai faktor utama.



Pekerjaan gig seperti penghantar makanan yang sering dianggap sebagai pekerja berpendapatan rendah merupakan satu tanggapan salah, kata wadah-wadah penghantaran ini.



Data yang dikumpul tahun lalu merentas tiga wadah itu menunjukkan bahawa pendapatan purata setiap jam bagi penunggang di sini adalah antara $12 dan $18.



Ini lebih tinggi daripada $7 hingga $11 sejam yang diiklankan untuk jawatan di sektor makanan dan minuman (F&B), dan $8 hingga $9 sejam yang dibayar kepada pekerja pembersih dan pengawal keselamatan.



Platform-platform itu memberitahu ST bahawa mereka memilih untuk memberi tumpuan kepada pekerja penghantaran makanan kerana pengalaman dan isu yang mereka hadapi sering digabungkan dengan yang dihadapi oleh pemandu logistik pihak ketiga dan pemandu perkhidmatan e-panggilan pengangkutan, atau ride-hailing.



"Ia adalah penting untuk kami mengukuhkan pemahaman tentang setiap segmen ekonomi gig yang bersesuaian, mengambil kira motivasi dan jangkaan yang unik," kata platform itu dalam satu kenyataan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >