Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan bagi lakar strategi 'Healthier SG' yang lebih berkesan

Orang ramai digalak tampil, kongsi pelan kesihatan dengan MOH: Ye Kung
May 19, 2022 | 05:30 AM



MENGAPA pesakit sering bertukar doktor dan apakah keinginan warga Singapura dalam pelan penjagaan bagi membantu mereka kekal sihat?



Kementerian Kesihatan (MOH) ingin mendapatkan jawapan bagi persoalan sedemikian demi melakar strategi Healthier SG atau SG Lebih Sihat daripada warga setempat menerusi beberapa saluran perundingan awam, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Di bawah strategi Healthier SG, doktor keluarga (GP) akan memainkan peranan yang lebih besar dalam penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit warga Singapura.



"Kami berharap semua warga Singapura mempunyai dan berjumpa dengan seorang doktor keluarga secara konsisten supaya doktor mereka memahami mereka dan sejarah perubatan mereka.



"Kami juga ingin memahami dengan lebih mendalam tingkah laku warga Singapura mengenai kesihatan mereka dan apakah perkara yang mereka ingin lihat dalam pelan penjagaan yang boleh menggalakkan mereka kekal mengikuti pelan penjagaan yang disarankan oleh doktor keluarga mereka," kata Encik Ong.



Beliau berkata demikian semasa ditemui wartawan dalam rangka lawatannya ke A Medical Clinic di Everton Park semalam.



A Medical Clinic adalah satu daripada klinik perubatan awam (GP) di bawah rangkaian penjagaan utama MOH.



Mengulas tentang usaha perundingan awam itu, Encik Ong juga menggesa orang ramai supaya berkongsi pandangan dan saranan mereka demi membentuk strategi Healthier SG.



Ini boleh dilakukan melalui tinjauan dalam talian di laman Healthier SG atau melalui satu daripada lima sesi maklum balas yang akan diadakan oleh MOH antara 26 Mei dan 15 Jun.



Encik Ong juga menyatakan bahawa MOH juga telah berunding dengan ramai doktor keluarga dalam beberapa sesi perundingan untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebimbangan dan cabaran yang mereka mungkin hadapi dan yang perlu diatasi.



Beliau menukil tiga isu utama - harga ubat yang berbeza yang mungkin membuat orang ramai lebih cenderung ke poliklinik kerana harganya yang lebih murah, sistem IT yang membolehkan doktor mendapatkan maklumat pesakit dengan mudah serta isu pentadbiran pihak ketiga.



Pengarah Perubatan A Medical Clinic, Profesor Madya Dr Lim Hong Shen, menyatakan bahawa strategi dan inisiatif Healthier SG akan memberikan penjagaan kesihatan yang lebih holistik yang bermanfaat untuk semua warga Singapura.



"Penjagaan kesihatan utama membentuk tulang belakang mana-mana sistem penjagaan kesihatan yang berfungsi dengan baik dan akan sentiasa menjadi pusat penjagaan yang paling kos efektif untuk pesakit dan pentadbir.



"Ini memacu nilai yang sangat besar kepada pesakit dan perjalanan penjagaan mereka dan ini membawa kepada hasil penjagaan kesihatan yang lebih baik," kata beliau.



Menurut MOH, maklum balas dari warga Singapura akan dikumpul dan dikaji, serta disertakan ke dalam Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan pada akhir tahun ini.



Strategi Healthier SG itu telah diumumkan di Parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Mac lalu.



Ia antara lain bertujuan membantu Singapura mengalihkan tumpuannya daripada penjagaan hospital berdasarkan penyakit kepada penjagaan yang bertujuan mencegah penyakit, yang lebih berdaya tahan di samping menangani cabaran penduduk yang kian menua serta mempertingkat kesihatan penduduk.




SEKILAS SESI PERUNDINGAN AWAM ‘HEALTHIER SG’



  • Khoo Kay Chai Complex, Politeknik Singapura (SP) – 26 Mei (7-9 malam)

  • The POD, Perpustakaan Negara – 1 Jun (7-9 malam)

  • The POD, Perpustakaan Negara – 6 Jun (7.30-9.30 malam)

  • Khoo Kay Chai Complex, Politeknik Singapura (SP) – 11 Jun (2-4 petang)

  • The POD, Perpustakaan Negara – 15 Jun (7-9 malam)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >