Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan baru tengahkan kebimbangan prospek pekerja gig

Nov 17, 2019 | 02:16 PM



SEKITAR separuh  pekerja penghantaran makanan dan pemandu kereta sewa privet yang ditinjau meraih pendapatan isi rumah per kapita $1,500 atau kurang, meletakkan mereka di kedudukan ketiga paling rendah dalam kalangan  pekerja Singapura.



Pekerja ekonomi gig berkolar biru juga terdiri daripada golongan muda. Tiga suku dari mereka berusia 35 tahun ke bawah.



Demikian antara dapatan tinjauan dikendalikan The Sunday Times, yang menggariskan kebimbangan prospek masa depan pekerja tersebut . Jumlah pekerja sedemikian naik sekitar 40,000 sejak beberapa tahun ini.



Encik Mohd Anuar Yusop, pengarah eksekutif AMP berkata kebimbangan utama adalah sama ada individu muda ini  merangkumi bahagian besar dalam bidang kerja ini.



“Tahun-tahun awal mereka diluangkan bekerja sebagai pemandu kereta sewa atau penunggang penghantaran makanan, mereka terlepas peluang membina prospek kerjaya untuk diri mereka,” katanya.



Kerja seperti ini dianggap sebagai “jalan mati” atau mungkin lebih tidak stabil, tertakluk kepada gangguan dan perubahan peraturan. Awal bulan ini, pihak berkuasa mengumumkan larangan penggunaan e-skuter di laluan pejalan kaki, menjejas kehidupan ramai penunggang penghantaran makanan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >