Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan bentang nilai penting warga SG

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



HUBUNGAN keluarga, menjaga ibu bapa dan bekerja sebagai satu kewajipan terhadap masyarakat merupakan antara nilai-nilai yang penting kepada penduduk Singapura, menurut satu tinjauan global.



Pada masa yang sama, penduduk di sini menolak keras perbuatan seperti pengganasan, rasuah dan mencuri.



Dapatan Tinjauan Nilai Dunia (WVS) itu dibentangkan dalam laporan Our Singaporean Values (Nilai Singapura Kita) oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) yang dikeluarkan semalam.



Laporan itu mengkaji respons seramai 2,012 peserta Singapura, merangkumi warga dan penduduk tetap.



Keluarga kekal sebagai perkara paling utama dalam kehidupan penduduk Singapura, dengan lebih 99 peratus menganggapnya sebagai penting.



Ramai yang 'amat setuju' (28.6 peratus) atau 'setuju' (57.6 peratus) bahawa antara matlamat utama dalam hidup adalah untuk membanggakan ibu bapa. Kadar ini merupakan antara yang tertinggi di dunia, berbanding di negara lain yang ditinjau.



Empat dalam lima responden Singapura setuju bahawa anak dewasa bertanggungjawab menjaga ibu bapa, dan kadar ini juga merupakan antara yang paling tinggi di dunia.



Laporan tersebut turut mengkaji tanggapan dari segi etika peribadi, agama serta politik.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >