Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan MHA: 63% responden hadapi kes tipu tahun lalu

Pekerja dan belia kerap terpedaya
Feb 16, 2021 | 05:30 AM



ENAM daripada 10, atau 63 peratus, responden tinjauan berkenaan kes penipuan di Singapura berkata mereka berdepan dengan kes sebegitu tahun lalu.



Secara amnya, responden menghadapi unsur penipuan beberapa kali dalam tempoh sebulan, iaitu 3.17 kali.



Dalam pada itu, tujuh daripada 100 responden atau 7 peratus menjadi mangsa kes penipuan. Daripada jumlah tersebut, 45 peratus ditipu lebih sekali.



Kumpulan mangsa turut menyatakan mereka menghadapi unsur penipuan sebanyak 5.18 kali sebulan - kekerapan lebih tinggi berbanding responden lain secara am.



Dapatan tersebut hasil Tinjauan Kebangsaan berkenaan Penyebarluasan Kes Penipuan kendalian Pusat Sains Kelakuan Home Team (HTBSC) Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Pihak media diberi taklimat tentang dapatan utama kajian oleh ahli psikologi utama dan Penolong Pengarah Jabatan Psikologi Jenayah, Penyiasatan dan Forensik HTBSC, Cik Whistine Chai Xiau Ting, semalam.



"Hal ini bermakna semua warga berisiko menghadapi kes penipuan. Kita boleh meraih pengajaran daripada mereka yang tidak pernah ditipu.



"Warga seperti ini sangat berhati-hati, berwaspada, ragu-ragu dan mengamalkan cara penggunaan Internet yang baik.



"Kita boleh mengikuti contoh mereka dengan mengamalkan tabiat siber yang baik, kekal berwaspada dan sentiasa mengesahkan sesuatu tawaran yang diterima," ujar MHA.



Usaha tersebut merupakan kajian sejenisnya yang pertama dilaksanakan di Singapura.



Penyelidikan yang dijalankan dari Ogos 2019 hingga September 2020 itu bermatlamat mengenal pasti kumpulan demografik yang berisiko menjadi mangsa penipuan.



Seramai 4,043 warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura telah mengisi borang soal selidik menerusi Internet.



Dapatan tinjauan turut menunjukkan bahawa individu bekerja yang berusia antara 20 dengan 39 tahun merupakan golongan paling berisiko ditipu.



Meskipun terdiri daripada 33 peratus jumlah responden secara keseluruhannya, kelompok itu merangkumi 48 peratus daripada jumlah mangsa kali pertama dan mangsa yang kerap ditipu.



Dalam pada itu, mangsa didapati melakukan perkara berisiko secara dalam talian, kurang menimba ilmu mengenai tabiat penggunaan Internet yang baik dan tidak mendapatkan bantuan sewajarnya.



Hal tersebut berlaku sungguhpun mereka memiliki kesedaran yang tinggi terhadap kempen antipenipuan awam.



Akibatnya, mereka menanggung kesan dari segi kewangan, peribadi dan psikologi.



Umpamanya, mereka kehilangan wang, barang kemas, hartanah, akaun media sosial, gambar, video dan kata laluan.



Mereka turut menghadapi bahana hubungan peribadi yang terjejas dan emosi terganggu.



"Amalkan 6 'S', iaitu mengenal pasti tanda-tanda penipuan (spot the signs), berhenti lalu berfikir (stop and think), usah terburu-buru (slow down, don't rush), tanya orang lain bagi kepastian (speak to others to verify), lindungi butir peribadi dan kata laluan (safeguard personal details and passwords) dan dapatkan bantuan (seek help if impacted).



"Semua memainkan peranan penting bukan sahaja dalam usaha melindungi diri sendiri bahkan orang tersayang dan masyarakat daripada terjebak dengan kes penipuan," ujar MHA.




TINJAUAN BERKENAAN PENYEBARLUASAN KES PENIPUAN



Jumlah Responden: 4,043 warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura.



Tempoh Kajian: Ogos 2019 hingga September 2020.



Sekilas Dapatan Tinjauan:



- Enam daripada 10 (63%) responden berdepan dengan kes penipuan.



- Responden secara amnya menghadapi unsur penipuan lebih 3 kali dalam sebulan



- Tujuh daripada 100 responden (7%) menjadi mangsa penipuan; daripada jumlah itu, 45 peratus ditipu lebih sekali.



- Mangsa menghadapi unsur penipuan sebanyak 5.18 kali sebulan, iaitu kekerapan lebih tinggi berbanding responden biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >