Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Gaji bukan pendorong utama kepuasan pekerja Singapura

Jan 17, 2019 | 05:04 PM



GAJI bukan pendorong utama yang memberi kepuasan kepada pekerja Singapura, menurut satu tinjauan oleh wadah pengumpulan data Qualtrics yang disertai lebih 500 orang dari negara ini.



Dapatan itu merupakan sebahagian tinjauan lebih luas yang disertai lebih 6,000 orang dari seluruh dunia, termasuk Australia dan Amerika Syarikat.



Tinjauan tersebut dikendali dalam format yang memberi peserta beberapa pilihan dan membolehkan mereka membuat pilihan termasuk antara merasa “amat berpuas hati” dengan “amat tidak berpuas hati”.



Laporan yang dikeluarkan semalam itu bertujuan memaparkan bagaimana pengalaman kerja harian penduduk setempat serta aspek lain termasuk keseimbangan antara kerja dan kehidupan, kepuasan di tempat kerja, dorongan di tempat kerja dan kadar pekerja yang berhenti dan berjaya dikekalkan di sini.



Tinjauan itu mendapati bahawa pendorong utama yang memberi kepuasan kepada pekerja di Singapura ialah keyakinan pada pasukan kepimpinan syarikat itu dan pengurus yang bersedia membantu menyelesaikan isu berkaitan kerja.



Bagi pekerja di Singapura, tinjauan tersebut turut mendapati bahawa faktor lain yang mendorong kepuasan pekerja, keinginan mereka untuk pergi kerja dan kadar pengekalan pekerja ialah latihan mencukupi untuk melakukan tugas mereka dengan berkesan, lapor akhbar 

The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >