Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Hampir semua isi rumah bertukar beli elektrik pembekal puas hati dengan khidmat

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



SEJAK pelancaran Pasaran Elektrik Terbuka (OEM) dua tahun lalu, hampir separuh daripada 1.4 juta isi rumah di sini telah bertukar kepada membeli elektrik daripada pembekal.



Sembilan daripada 10 mereka yang telah melakukan demikian berpuas hati dengan khidmat yang diberikan pembekal mereka.



Demikian antara hasil dapatan daripada Tinjauan Kepuasan Pengguna yang dilakukan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan dikongsi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Tinjauan terkini itu, yang melibatkan lebih 7,000 isi rumah, turut mendapati 57 peratus pengguna telah memperbaharui kontrak dengan pembekal mereka berdasarkan kepuasan terhadap khidmat yang diberikan, dan 53 peratus pengguna melakukan hal tersebut kerana pelan harga yang menarik.



Hanya separuh daripada mereka yang terlibat dalam tinjauan itu dan telah memperbaharui kontrak dengan pembekal mereka melakukan pembandingan harga dengan pembekal lain.



Menyentuh hal tersebut, Ketua Eksekutif EMA, Encik Ngiam Shih Chun, berkata:



"Adalah penting bagi pengguna membuat perbandingan harga pelan pembekal dan penilaian mereka sebelum mendaftar atau memperbaharui kontrak mereka.



"Pengguna boleh melayari laman compare.openelectricitymarket.sg untuk membandingkan harga pelan standard daripada semua pembekal OEM."



Sementara itu, EMA telah membangunkan sistem penilaian untuk menunjukkan tahap kepuasan keseluruhan bagi setiap pembekal OEM berdasarkan dapatan tinjauan tersebut.



Penilaian empat daripada 12 pembekal telah meningkat dalam tinjauan terkini itu.



Mereka ialah Best Electricity, PacificLight Energy, Senoko Energy dan Sunseap Energy.



Hasil dapatan tersebut boleh didapati di laman OEM (www.openelectricitymarket.sg) dan akan dikemaskini setiap enam bulan.



Menurut EMA, sehingga Oktober 2020, sekitar 48 peratus isi rumah telah membeli elektrik daripada pembekal OEM.



Pembekal OEM dengan bahagian terbesar pengguna kediaman (residential consumer) ialah Keppel Electric (23 peratus); Geneco (21 peratus); iSwitch (13 peratus) dan Tuas Power (13 peratus).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >