Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan HDB: 4 dalam 10 penduduk HDB beli-belah dalam talian

Feb 14, 2021 | 02:16 PM



BUDAYA membeli-belah dalam talian mungkin membawa kesan kepada kedai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Hampir 50 peratus daripada mereka yang membeli barangan dalam talian melaporkan mereka kurang berbelanja di kedai HDB dalam Tinjauan Isi Rumah Sampel HDB terkini yang dikendalikan sekali dalam masa lima tahun.



Tinjauan terkini itu yang dikendalikan pada 2018 juga menunjukkan bahawa penduduk HDB secara umum kurang berinteraksi dengan jiran mereka, walaupun perkadaran yang berhubung dengan jiran menerusi kumpulan sembang dalam talian atau media sosial bertambah lebih seganda sejak 2013.



Hasil tinjauan yang dikeluarkan pada Sabtu (14 Februari), merumuskan sekitar empat dalam kalangan 10 penduduk HDB telah membuat pembelian dalam talian menerusi laman dan aplikasi mudah alih sepanjang tahun, dengan sebilangan besar pembeli dalam talian menetap di flat empat bilik atau lebih besar daripada itu. 



Kebanyakan daripada pembeli dalam talian ini juga berusia 45 tahun ke bawah dan kemungkinan datang dari keluarga dengan anak kecil.



Pakaian dan kasut adalah barangan yang kerap dibeli dalam talian, diikuti dengan telefon dan produk elektronik.



Mengulas hasil tinjauan itu kepada akhbar The Straits Times, Profesor Madya Lawrence Loh daripada Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura, berkata soalan tentang daya penakatan kedai HDB dalam situasi meningkatnya budaya e-dagang adalah masalah sulit dengan kita tidak mengetahui yang mana merupakan punca awalnya.



"Golongan muda tidak akan ke kedai HDB kecuali kedai ini dinaiktarafkan dan dijadikan berkelas tinggi. Bagaimanapun, kedai sebegini tidak akan dipertingkat kecuali ada pasaran...Jika kita ingin mengekalkan kedai HDB, jika kita hargai sumbangan sosial kedai ini, kita perlukan dorongan dari HDB atau penguasa lain," katanya.



Dalam satu kenyataan, HDB berkata, kedai kejiranan akan terus memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan penduduk, tanpa mengambil kira trend terhadap beli-belah dalam talian. Ia menambah ia akan terus menyokong kedai kejiranan bagi menambah semarak dan daya saingnya menerusi pelbagai skim.



Tinjauan HDB ini disertai 7,800 isi rumah HDB. HDB berkata, tinjauan itu memberi maklum balas yang berguna dalam mempertingkatkan rekaan flat, kejiranan dan estet HDB.



"Memandang ke depan, HDB akan terus sejajarkan gerak langkahnya dengan keperluan dan gaya hidup penduduk yang berubah. Kami juga sedang mengkaji cara rekaan flat HDB dapat menyokong pembangunan dari segi masa depan kerja termasuk trend yang mungkin dipercepatkan oleh pandemik kini seperti telekerja," kata jurucakap HDB. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >