Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DAPATAN KAJIAN SENTIMEN MASYARAKAT ISLAM KENDALIAN AMP SINGAPURA

Tinjauan: Hubungan keluarga dihargai tapi golongan muda kurang utamakan

Dapatan juga tunjukkan kos sara hidup jadi keprihatinan, banyak sokongan diperlukan bantu capai kecemerlangan akademik
Jul 28, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN keluarga masih menjadi sesuatu yang penting bagi ramai anggota masyarakat, golongan muda Islam didapati kurang menitikberatkan nilai kekeluargaan.



Dalam dapatan terkini Kajian Sentimen Masyarakat Islam Kendalian AMP Singapura, ia mendedahkan 88 peratus responden berpendapat masyarakat masih menghargai hubungan kekeluargaan.



Namun, hanya 44 peratus golongan muda Islam - berusia antara 15 dengan 35 tahun - didapati meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup.



Dapatan itu adalah sebahagian daripada kajian sentimen yang dijalankan oleh agensi penyelidikan bebas, Blackbox Research Pte Ltd, bagi pihak AMP.



Ia bertujuan mengkaji persepsi semasa keseluruhan masyarakat Melayu/Islam terhadap isu kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi dan kepimpinan.



Tinjauan itu melibatkan 930 anggota masyarakat Islam melalui temu ramah bersemuka, 38 aktivis akar umbi melalui wawancara dalam talian dan sembilan pemimpin pemikir masyarakat melalui temu ramah mendalam dari Julai hingga Oktober 2020.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AMP Singapura, penemuan kajian itu agak membimbangkan golongan aktivis dan pemimpin masyarakat.



Ini kerana ia mungkin akan menghakis ikatan kekeluargaan yang erat, yang dilihat sebagai penting bagi perpaduan masyarakat.



Satu lagi isu yang menjadi keprihatinan dalam masyarakat adalah kos sara hidup.



Kajian menunjukkan bahawa walaupun ramai responden (89 peratus) mengatakan mereka berada dalam keadaan baik dari segi kewangan, kira-kira separuh daripada mereka atau 52 peratus mengatakan bahawa kos sara hidup merupakan satu keutamaan bagi mereka.



Pada masa yang sama, 40 peratus antara mereka mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan kos sara hidup secara umum dan dalam kalangan mereka yang berada tidak dalam keadaan baik dari segi kewangan.



Daripada itu, 60 peratus antara responden turut mengaitkan keadaan kewangan yang tidak baik mereka dengan peningkatan kos sara hidup.



Bidang lain yang juga menjadi keprihatinan termasuk sokongan dalam pendidikan dan jawatan kepimpinan orang Islam.



Seramai 79 peratus antara responden berpendapat bahawa lebih banyak sokongan diperlukan untuk remaja Islam mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.



Ini termasuk bantuan kewangan (44 peratus), memotivasi pelajar Islam untuk mencapai kecemerlangan akademik (43 peratus), dan program pengayaan (42 peratus).



Kajian itu juga mendapati bahawa 79 peratus golongan ibu bapa juga berasa mereka memerlukan lebih banyak bimbingan untuk memahami laluan pendidikan yang berbeza dan yang mana satu paling sesuai untuk anak mereka.



Halangan utama bagi golongan ibu bapa dalam membimbing anak-anak mereka termasuk kekurangan masa (34 peratus), tidak pasti bagaimana membantu dalam pelajaran anak-anak mereka (32 peratus) dan ketidakupayaan kewangan (28 peratus).



Namun, secara keseluruhan 77 peratus golongan Islam di Singapura percaya bahawa mereka menikmati peluang yang sama dalam pendidikan.



Penglibatan politik dan sosial dalam kalangan masyarakat adalah sederhana, dengan 49 peratus daripada responden mengatakan bahawa mereka sentiasa mengikuti perkembangan dasar pemerintah.



Bagaimanapun, golongan muda Islam 52 peratus merupakan kumpulan yang paling terlibat dan mengikuti perkembangan terkini.



Walaupun lebih daripada separuh 51 peratus masyarakat Islam percaya akan sentiasa ada bakat yang mencukupi untuk memastikan pembaharuan pemimpin masyarakat yang bermutu tinggi, hanya 43 peratus mengatakan mereka sedar tentang pemimpin-pemimpin inspirasi dalam kalangan masyarakat.



Sebanyak 38 peratus pula percaya adanya cukup individu di antara masyarakat Islam yang kini memegang jawatan kepimpinan.



Meskipun terdapat beberapa keprihatinan dalam masyarakat Melayu/Islam, secara am mereka gembira dengan kemajuan ketara yang diraih sejak sedekad lalu.



Mengulas tentang kajian tersebut, Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Rashid, berharap ia dapat membuka ruang bagi perbincangan lanjut dalam kalangan masyarakat dan juga peringkat nasional tentang isu-isu yang diketengahkan.



"Kajian ini juga menunjukkan potensi kerjasama antara AMP dengan badan masyarakat lain seperti dalam mengutuhkan nilai kekeluargaan dalam masyarakat dan mengukuhkan sokongan untuk membangunkan lebih ramai pemimpin dalam masyarakat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >