Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TINJAUAN KE ATAS PEGAWAI KESELAMATAN SWASTA

Tinjauan: Jumlah pegawai keselamatan dianiaya di tempat kerja turun pada 2021

Penganiayaan lisan naik dalam tempoh yang sama
Dec 28, 2021 | 05:30 AM



PERATUSAN pegawai keselamatan yang melaporkan pernah menghadapi penganiayaan di tempat kerja telah turun sedikit tahun ini berbanding hujung tahun lalu.



Bagaimanapun, kekerapan penganiayaan lisan yang dialami golongan pekerja itu telah meningkat dalam tempoh sama, menurut tinjauan Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Dapatan tinjauan ketiga melibatkan 1,000 pegawai keselamatan dari Julai hingga September lalu itu didedahkan semalam.



Tinjauan pertama telah dijalankan dari Januari hingga Februari tahun lalu dan tinjauan kedua diadakan dari September hingga November tahun lalu.



Soalan yang ditanya dalam tinjauan itu bertujuan memahami kebajikan, gaji dan prospek kerja pegawai keselamatan.



Berhubung kebajikan mereka, tinjauan tersebut mendapati sekitar 39 peratus pegawai kesematan melaporkan yang mereka menghadapi penganiayaan di tempat kerja, turun berbanding 42 peratus yang dilaporkan dalam tinjauan kedua, tetapi lebih tinggi daripada 32 peratus yang dilaporkan dalam tinjauan pertama.



Berbanding dengan tinjauan kedua, kekerapan penganiayaan lisan telah meningkat, dengan sekitar 40 peratus daripada pegawai keselamatan yang melaporkan mereka pernah mengalami penganiayaan lisan berkata mereka dianiaya secara lisan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua minggu.



Penganiayaan ke atas pekerja keselamatan di tapak komersial termasuk pusat beli-belah didapati telah meningkat dari 46.1 peratus dalam tinjauan kedua ke 51.4 peratus dalam tinjuan ketiga.



Penganiayaan di tapak di kawasan perumahan, perindustrian dan awam bagaimanapun didapati turun dalam tempoh sama.



Setiausaha Eksekutif USE, Encik Steve Tan, berkata penganiayaan yang meningkat di tempat komersial itu mungkin disebabkan oleh pembukaan semula pusat beli-belah kepada lebih ramai pengunjung.



"Kita melihat lebih ramai kejadian di mana orang ramai berkumpul, tidak mematuhi langkah pengurusan selamat, dan pegawai perlu menasihatkan lebih ramai orang," kata Encik Tan.



Pekerja keselamatan yang bekerja bagi agensi keselamatan dari penyumber luar didapati lebih kerap mengalami penganiayaan (84.8 peratus) berbanding mereka yang bekerja untuk majikan secara langsung (15.2 peratus).



Lebih sedikit pegawai keselamatan - sekitar 26 peratus - melaporkan yang mereka melakukan tugas yang tidak berkait dengan kerja keselamatan, seperti menyapu lantai dan kerja penghantaran.



Peratusan ini turun daripada 28 peratus dalam tinjuan pertama dan 29 peratus dalam tinjauan kedua, dan menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme kerja.



Pekerja keselamatan rata-rata turut didapati tahu di mana untuk mendapatkan bantuan sekiranya mereka dianiaya, iaitu antara lain daripada penyelia, pihak pengurusan, polis dan kesatuan.



Tinjauan kali ini juga buat pertama kali menanyakan soalan berhubung tekanan kerja, bagi lebih memahami kesejahteraan mental pekerja keselamatan di tempat kerja.



Lebih satu dalam dua pegawai keselamatan melaporkan yang mereka berasa resah dan tertekan di tempat kerja, terutama di kalangan pekerja wanita dan lebih muda.



Sementara itu, tinjauan itu mendapati lebih lapan dalam 10 pekerja keselamatan berpuas hati dengan pekerjaan mereka, dan sekitar 69 peratus yakin yang mereka tidak akan kehilangan pekerjaan mereka.



Lebih enam dalam 10 pekerja keselamatan juga melaporkan yang mereka berhasrat mempelajari kemahiran baru dalam masa enam bulan akan datang.



Lebih enam dalam 10 pekerja keselamatan berkata mereka diberi pampasan adil bagi kerja mereka, dan mereka menjangkakan peningkatan gaji purata sekitar $150 bagi tahun depan.




DAPATAN TINJAUAN UTAMA



PROSPEK KERJA



  • Kebanyakan (lebih 8 dalam 10) berpuas hati dengan pekerjaan

  • Penggunaan teknologi kekal tinggi (sekitar 90 peratus)

  • Sekitar 69 peratus yakin mereka tidak akan kehilangan pekerjaan

  • Lebih 6 dalam 10 pegawai keselamatan berhasrat mempelajari kemahiran baru dalam 6 bulan akan datang

GAJI



  • Gaji memenuhi Model Gaji Progresif (PWM) di semua peringkat

  • Lebih 6 dalam 10 pegawai keselamatan berkata mereka diberi pampasan adil untuk kerja mereka

  • Pegawai keselamatan menjangkakan peningkatan gaji purata sekitar $150 bagi tahun depan

KEBAJIKAN



  • Sekitar 39 peratus pekerja keselamatan lapor hadapi penganiayaan di tempat kerja, turun sedikit berbanding tinjauan kedua tetapi masih lebih tinggi berbanding tinjauan pertama.

  • Sekitar 26 peratus pekerja keselamatan lakukan tugas yang tidak berkait dengan kerja keselamatan, turun berbanding dua tinjauan sebelumnya

  • Lebih 1 dalam 2 pegawai keselamatan melaporkan tekanan kerja, terutama di kalangan pegawai perempuan dan lebih muda




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >