Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Kesan negatif Covid-19 ke atas warga SG kian berkurangan

67% responden lebih terbuka dapatkan vaksinasi Covid-19, 50% masih prihatin tentang keselamatan, keberkesanannya
Apr 27, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH warga Singapura yang berasa tertekan akibat pandemik Covid-19 berkurangan kini berbanding April tahun lalu.



Tinjauan yang melibatkan sekitar 500 warga Singapura itu mendapati hanya 30 peratus masih merasakan tekanan kesan pandemik itu pada Mac tahun ini berbanding hampir separuh mereka yang ditinjau April tahun lalu.



Ia bertujuan antaranya untuk mendapatkan sentimen warga Singapura berkaitan pelbagai isu sosial dan ekonomi dalam suasana pandemik Covid-19.



Golongan muda mencatatkan jumlah paling ramai yang terjejas secara emosi berbanding mereka berusia lebih lanjut, menurut laporan hasil tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS) yang dikeluarkan semalam.



Menurut laporan tersebut, sekurang-kurangnya tiga dalam 10 warga Singapura berusia antara 21 hingga 29 tahun dilaporkan berasa bimbang kehilangan semangat untuk hidup berbanding hanya satu dalam sepuluh dari golongan 60 tahun ke atas.



Sementara itu, jumlah responden yang menghadapi kesulitan akibat langkah-langkah keselamatan yang dikuatkuasakan semasa Covid-19, termasuk memakai pelitup muka atau mengimbas kod QR, semakin berkurangan.



Sebanyak 67 peratus responden kini lebih terbuka untuk mendapatkan vaksin Covid-19 jika ditawarkan, namun separuh daripada mereka masih prihatin akan keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut.



Separuh daripada mereka juga meluahkan rasa bimbang jika diberi jenis vaksin yang tidak diyakini, menurut tinjauan itu.



Kebanyakan warga Singapura juga kini kembali bekerja di pejabat; hampir 68 peratus pekerja melaporkan mereka kini meluangkan lebih banyak masa di pejabat.



Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 80 peratus responden yang kini masih meluangkan lebih banyak masa bekerja di rumah berkata mereka lebih selesa melakukan demikian.



Sementara itu, dalam menilai respons pemerintah secara keseluruhan terhadap Covid-19, lebih 75 peratus responden berkata mereka berasa berpuas hati.



Sentimen tersebut merangkumi usaha pemerintah memastikan sistem penjagaan kesihatan berjalan lancar dan juga dalam melindungi pekerjaan.



Namun, tiga dalam lima warga Singapura yang ditinjau berpendapat pemerintah harus mempertingkat usaha membantu warga Singapura dengan kos sara hidup mereka.



Tinjauan IPS itu juga menunjukkan warga Singapura kini lebih optimistik berkaitan isu pekerjaan dan ekonomi.



Hanya 42 peratus responden yang ditinjau Mac tahun ini merasakan pasaran pekerjaan akan kekal teruk bagi enam bulan akan datang, berbanding 80 peratus warga Singapura yang ditinjau April tahun lalu. Separuh dari pekerja turut meluahkan rasa yakin bahawa mereka akan tetap mempunyai pekerjaan dalam tempoh enam bulan akan datang, menurut tinjauan itu lagi.



Dalam pada itu, separuh daripada responden berkata terdapat kemungkinan besar mereka akan menjalani kursus pertingkat diri atau sanggup menerima pekerjaan dengan gaji yang kurang jika diberhentikan kerja semasa tempoh ini.




BUTIRAN TINJAUAN IPS



  • 30 peratus responden masih merasakan tekanan kesan pandemik berbanding hampir separuh mereka yang ditinjau April tahun lalu.

  • Tiga dalam 10 warga Singapura berusia antara 21 dengan 29 tahun dilaporkan berasa bimbang kehilangan semangat untuk hidup berbanding hanya satu dalam sepuluh dari golongan 60 tahun ke atas.

  • Jumlah responden yang menghadapi kesulitan akibat langkah-langkah keselamatan yang dikuatkuasakan semasa Covid-19, termasuk memakai pelitup muka atau mengimbas kod QR, semakin berkurangan.

  • 67 peratus responden kini lebih terbuka untuk mendapatkan vaksin Covid-19 jika ditawarkan, namun separuh daripada mereka masih prihatin akan keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut.

  • 68 peratus pekerja melaporkan mereka kini meluangkan lebih banyak masa di pejabat.

  • Lebih 75 peratus responden berkata mereka berasa berpuas hati dengan respons pemerintah terhadap pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >