Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Keyakinan firma setempat kian pulih suku keempat

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



KEYAKINAN syarikat setempat bertambah pulih pada suku keempat tahun ini, di tengah-tengah permintaan yang berdaya tahan dan ramalan positif bagi sektor perkilangan dan khidmat kewangan, menurut satu tinjauan Biro Kredit Komersial Singapura (SCCB) semalam.



Namun ramalan bagi sektor binaan dan pengangkutan tetap muram.



Indeks Optimis Perniagaan (BOI) naik 5.78 mata peratusan bagi tempoh Oktober hingga Disember, kata SCCB, anak syarikat Biro Kredit Asia dalam satu laporan The Straits Times (ST).



Pada suku ketiga, indeks itu naik 4.07 mata peratusan dan 3.94 mata peratusan pada suku kedua, selepas ia mencatatkan kemerosotan buat empat suku berturut-turut.



Berbanding setahun lalu, indeks itu bangkit semula daripada kemerosotan 4.97 mata pada suku keempat 2020.



Ketua pegawai eksekutif SCCB, Cik Audrey Chia, berkata sementara rasa optimis meningkat bagi suku keempat ekoran permintaan agak kukuh dalam perkilangan dan khidmat kewangan, risiko yang signifikan masih ada.



Ini memandangkan ekonomi setempat masih terdedah kepada ketidaktentuan pandemik Covid-19, dalam dan luar negara.



"Perkembangan dari segi pengawalan di China dan ketidaktentuan geopolitik telah menjejas sentimen keseluruhan," ujar beliau, yang merujuk kepada usaha pembanterasan tiga serampang China terhadap beberapa industri, sekaligus mewujudkan sekitaran pengawalan baru dan tidak menentu untuk syarikat pemula mahupun firma lama.



Indeks itu mengukur sentimen perniagaan dalam ekonomi dengan menjejaki enam faktor pengukur - jumlah penjualan, keuntungan bersih, harga jualan, tempahan baru, tahap inventori dan jumlah pekerja.



Menurut SCCB, empat daripada faktor itu menunjukkan prestasi lebih baik daripada suku sebelumnya, berbanding tiga faktor pengukur dalam tinjauan suku tahunan yang lalu.



Jumlah penjualan lebih sederhana, dengan naik kepada 7.52 mata peratusan pada suku keempat berbanding 7.63 mata peratusan pada tiga bulan sebelumnya.



Harga jualan pula jatuh kepada sifar, dari 2.29 mata peratusan manakala keuntungan bersih naik kepada 9.63 mata peratusan, berbanding 7.63 mata peratusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >