KEYAKINAN perniagaan Singapura menjunam hampir ke paras penguncupan pada suku ini, selepas meningkat dua suku berturut-turut.
Indeks Keyakinan Perniagaan (BOI) terbaru firma penyelidikan Dun & Bradstreet, yang dijalankan setiap suku tahun, menunjukkan peratusan syarikat yang menjangka keuntungan dan jumlah jualan lebih tinggi berkurangan daripada suku lalu.
Kaji selidik itu meninjau 200 pemilik perniagaan dan eksekutif kanan di enam negara Asean mewakili sektor industri utama dalam enam penunjuk keyakinan: jangkaan jualan suku tahunan akan datang, keuntungan, pekerjaan, tempahan baru, inventori dan harga jualan.
Syarikat di sini mencatat BOI 0.1 peratusan mata pada suku ini, turun daripada 15 peratus pada suku lalu.