Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan lucah libatkan asatizah sudah dikeluarkan dari MeWe

Pengarah platform media sosial perjelas 'pengguna yang buat padam akaun, buang tinjauan dan kandungan'
May 31, 2021 | 05:30 AM



TINJAUAN dalam talian yang menggambarkan ustazah setempat sebagai objek seks telah dikeluarkan dari platform media sosial MeWe.



Encik David Westreich, pengarah pemasaran MeWe memberitahu The Sunday Times semalam bahawa tinjauan tersebut, yang kini sedang disiasat oleh polis di sini, tidak lagi ada di platform tersebut.



"Pasukan kami menyiasat perkara ini dan mendapati bahawa tinjauan itu tidak ada lagi di MeWe.



"Pengguna yang membuatnya memadamkan akaun mereka sendiri, membuang tinjauan itu dan semua kandungannya dalam proses," kata Encik Westreich, tanpa menyatakan waktu pengguna menghapus akaun itu.



Beliau juga tidak menjawab pertanyaan lebih lanjut mengenai kejadian itu, termasuk pertanyaan tentang bagaimana MeWe membantu penyiasatan mengenai tinjauan itu, apa dasar MeWe mengenai kandungan dewasa, dan jika ada komen mengenai tinjauan yang menyinggung perasaan.



Tinjauan itu pertama kali didedahkan oleh Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin dalam catatan Instagram pada Rabu lalu.



Tinjauan tersebut menyenaraikan sekurang-kurangnya 12 ustazah yang dinilai mengikut daya tarikan seksual mereka, dengan 1,005 pengguna MeWe mengambil bahagian dalam tinjauan itu.



Tinjauan berkenaan juga mencadangkan melakukan keganasan seksual terhadap guru agama dalam senarai itu.



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan pada Jumaat lalu bahawa tinjauan itu merupakan kandungan yang dilarang berdasarkan Kod Amalan Internet Singapura, dan tidak mempunyai tempat di sini.



Ia menambah bahawa pihaknya telah menghubungi MeWe untuk membuang tinjauan pendapat yang menyinggung jika masih ada di platform.



IMDA juga telah menghubungi platform media sosial lain untuk memastikan bahawa siaran itu tidak muncul di dalam wadah-wadah lain.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengatakan pada Khamis lalu bahawa pihaknya menyedari kewujudan tinjauan itu dan sangat prihatin dengannya.



Muis telah pun membuat laporan polis untuk mempercepat penyiasatan atas perkara tersebut dan "membawa para pelaku ke muka pengadilan.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >