Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan lucah libatkan asatizah wanita tular, asatizah mapan, tokoh politik gesa tindakan undang-undang diambil

May 27, 2021 | 09:41 AM



SATU tinjauan bersifat lucah yang menyenaraikan nama asatizah wanita setempat  kian menjadi tular di media sosial, dengan beberapa asatizah dan tokoh politik berkata tindakan harus diambil terhadap dalang sebalik tinjauan itu.



Senarai tersebut didedahkan oleh Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin, yang giat di media sosial,  lewat malam Rabu (26 Mei) di akaun Instagram beliau.



Menyusuli itu, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy berkata perbuatan itu terkutuk dan tidak seharusnya berlaku terhadap semua wanita, termasuk ustazah-ustazah. Beliau menggesa supaya dalang di balik tinjauan itu dikenakan tindakan mengikut undang-undang.




Dalam senarai yang difahami dimulakan oleh pengguna yang menamakan dirinya sebagai M.A,  nama serta gambar 12 ustazah setempat telah digunakan bagi tujuan lucah.



Sehingga pagi Khamis (27 Mei) sehingga 1,000 orang dikatakan telah menyertai tinjauan itu, yang difahami dihos di aplikasi MeWe. 



App itu serupa Facebook, dan membenarkan pengguna menjalin hubungan dan membentuk kumpulan perbincangan tertutup.



Apabila dihubungi, Ustaz Zahid berkata beliau telah mendapat tahu tentang perkara tersebut apabila menerima kiriman mesej daripada salah seorang ustazah yang namanya tersenarai dalam tinjaun tersebut.



Menurutnya, ustazah tersebut merayu kepadanya memohon bantuan agar tindakan sewajarnya dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam tinjauan ini.



“Saya diberitahu bahawa ini bukan kali pertama perkara sebegini telah berlaku. Laporan polis pernah dibuat sebelum ini tetapi tiada tindakan diambil, mungkin kerana kurang bukti,” katanya.



Menurut Ustaz Zahid lagi, beliau difahamkan tinjauan itu baru sahaja dimulakan pada 26 Mei dan ada persamaan dengan kumpulan sembang atau ‘chatgroup’ SG Nasi Lemak di Telegram, yang mempunyai gambar-gambar wanita dan video lucah.



Beliau turut menambah mangsa telah memberitahunya bahawa beberapa mangsa lain yang nama mereka tersenarai dalam tinjaun itu, rasa takut dan gelisah untuk keluar rumah menyusuli tularnya berita tersebut.



“Ada yang takut, ada yang gelisah. Mereka takut nak keluar rumah. Mereka takut kalau diperkosa,” katanya.



Menurutnya lagi, apabila isu itu dimuat naik di akaun media sosialnya, beliau tidak menyangka ramai yang mengirimkan mesej peribadi mengucapkan terima kasih.



“Mereka katakan ini bukan kali pertama terjadinya perkara sedemikian kerana selama ini usaha mereka untuk mengheret dalang ke muka pengadilan tidak berhasil. Mereka bersyukur kini ramai yang sama-sama menentang tinjauan ini,” ujarnya.



Ustaz Irwan Hadi berkata:



“Ini tidak seharusnya berlaku kepada sebarang wanita termasuk ustazah setempat kita yang menawarkan bimbingan agama kepada masyarakat.



“Mereka yang melakukan (tinjauan ini) perlu dikenakan tindakan undang-undang sepenuhnya.



Turut memberi respons ialah anggota parlimen GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



Dalam komennya kepada pos Ustaz Irwan beliau berkata: “Ini tidak boleh diterima sama ada terhadap wanita atau asatizah setempat kita. Individu dan kesemua 245 atau lebih yang telah membuat tinjauan ini perlu dipertanggungjawabkan.”



Berita Harian sedang mendapatkan lebih banyak perincian berhubung isu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >