Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan MAS: Pakar kurangkan ramalan ekon S'pura tahun depan

Pertumbuhan dijangka merosot kepada 2.6 peratus pada 2019, lebih rendah daripada 2.7 peratus yang diramalkan sebelumnya
Dec 13, 2018 | 05:30 AM



PAKAR ekonomi mengurangkan ramalan mereka bagi pertumbuhan ekonomi tahun depan, dengan menyifatkan sikap perlindungan sebagai satu risiko, meskipun ketegangan dagang antara Amerika Syarikat dan China boleh dileraikan, menurut tinjauan terbaru Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Bagi 2018, ekonomi dijangka tumbuh sebanyak 3.3 peratus, meningkat sedikit daripada paras ramalan September sebanyak 3.2 peratus, lapor The Straits Times.



Bagaimanapun, pertumbuhan dijangka merosot kepada 2.6 peratus pada 2019, lebih rendah daripada 2.7 peratus yang diramalkan sebelumnya.



Sikap perlindungan dalam perdagangan yang meningkat kekal menjadi kebimbangan utama, menurut tinjauan MAS ke atas 23 ahli ekonomi dan penganalisis yang dapatannya dikeluarkan semalam.



Kesemua responden berbanding 89 peratus sebelum ini, menganggap meningkatnya perdagangan konflik Amerika-China yang sedang berlangsung sebagai risiko kepada ekonomi Singapura.



Pada masa yang sama, lebih ramai berpendapat adanya lebih peluang bagi meredakan ketegangan perdagangan, dengan 47 peratus responden melihatnya secara positif, berbanding 37 peratus pada September lalu.



Ada juga yang fikir Singapura boleh meraih manfaat daripada perubahan haluan perdagangan dan pelaburan ke rantau ini akibat ketidakpastian hubungan perdagangan Amerika-China.



Tinjauan MAS itu dihantar pada 22 November lalu, sebelum Amerika dan China bersetuju pada 1 Disember terhadap langkah menangguhkan tarif yang dirancang bagi mengatasi ketegangan perdagangan.



Pakar ekonomi juga menarik perhatian kemerosotan pertumbuhan China dan keadaan kewangan global lebih ketat, yang akan membawa kepada kadar faedah lebih tinggi sebagai satu risiko bagi Singapura.



Namun, jika kenaikan kadar faedah Lembaga Simpanan Federal (Fed) adalah lebih perlahan daripada yang dijangkakan, ekonomi Singapura mungkin memperoleh manfaat.



Bagi 2018, ahli ekonomi lebih positif mengenai sektor kewangan dan insurans dan meramalkan ia berkembang sebanyak 6.9 peratus berbanding 6.7 peratus yang diramalkan sebelumnya.



Mereka juga menyesuaikan ramalan pertumbuhan 3.4 peratus bagi perkhidmatan tempat tinggal dan makanan, berbanding ramalan 2.9 peratus sebelumnya.



Mereka juga menaikkan ramalan bagi industri pembinaan, yang telah merosot pada tahun lalu.



Sektor ini dijangka merosot 3.5 peratus berbanding 4.2 peratus dalam tinjauan sebelumnya.



Namun, perkilangan dijangka meningkat 7.4 peratus, lebih perlahan daripada ramalan 7.6 peratus.



Ramalan pertumbuhan perdagangan borong dan runcit pula merosot kepada 1.3 peratus daripada ramalan 1.5 peratus pada September.



Inflasi dijangka mencecah 0.5 peratus pada 2018, dengan inflasi teras MAS diramalkan 1.7 peratus.



Kedua-dua angka tersebut dijangka lebih tinggi tahun depan - 1.3 peratus bagi Indeks Harga pengguna (CPI)-Semua Barangan dan 1.8 peratus bagi inflasi teras.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >