Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENDEKATAN SINGAPURA BAGI PEMULIHAN PESALAH DADAH

Tinjauan MHA: Lebih 70% responden sedar undang-undang tegas S'pura

Shanmugam kongsi dapatan tinjauan MHA libatkan penduduk serantau
Jul 21, 2022 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG dadah Singapura adalah paling tegas dan ketat terhadap mereka yang menghasilkan dan mengedarkan dadah, dan dalang-dalang ini cukup bijak untuk tidak memasuki negara ini kerana sedar akan akibat teruk yang dihadapi mereka seandainya ditangkap.



Berkongsi dapatan tinjauan yang dilakukan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata lebih 70 peratus daripada mereka yang ditinjau sedar akan undang-undang tegas Singapura berkaitan dadah.



Tinjauan itu melibatkan orang yang tinggal di sekitar rantau ini, dari mana berasalnya kebanyakan pengedar dadah yang ditangkap di sini.



Ia mendapati sekitar 83 peratus responden berkata hukuman mati membuat orang tidak mahu mengedar dadah ke Singapura, sementara 69 peratus berkata hukuman mati adalah lebih efektif berbanding hukuman penjara seumur hidup dalam menghalang orang daripada berbuat demikian.



"Bayangkan jika itu diubah dan kebanyakan mereka fikir mereka boleh mengedar dadah ke Singapura tanpa sebarang hukuman," kata Encik Shanmugam.



Tambahnya:



"Undang-undang negara kami adalah paling tegas terhadap mereka yang menghasilkan dan mengedar dadah, serta mereka yang menjadi dalang (di sebalik operasi dadah).



"Dalang-dalang ini cukup pandai dan tidak akan memasuki Singapura kerana mereka tahu, tidak seperti negara lain di rantau ini dan di dunia, di Singapura, tiada tempat selamat bagi mereka - jika mereka masuk, habislah. Itu sebabnya mereka tidak menjejakkan kaki di sini.



"Itu sendiri mempunyai kesan yang baik kerana ia bermakna jumlah dadah yang memasuki Singapura berkurangan dengan ketara."



Beliau, yang telah diundang ke The Big Show di stesen radio One FM 91.3 pagi semalam untuk membincangkan isu dadah serta rejim kesihatan peribadinya, turut menjelaskan bahawa Singapura mengambil pendekatan berbeza untuk menangani mereka yang menyalahguna dadah dan mereka yang mengedarnya.



"Pengedar dadah kita tangani dengan sangat serius, termasuk dengan mengadakan hukuman mati jika mereka didapati mengedar lebih daripada jumlah tertentu.



"Bagi penyalahguna dadah pula, kami mahu tangani mereka sebagai isu kesihatan, mereka mempunyai masalah penyalahgunaan.



"Kami tidak mahu menganggap mereka sebagai penjenayah tetapi kami mahu bantu mereka, jadi seluruh sistem telah diubah suai untuk cuba membantu penyalahguna dadah," jelas beliau.



Ini dilakukan dengan tidak memberi rekod jenayah kepada mereka yang didapati menyalahguna dadah dan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah (DRC), misalnya.



Di DRC, sokongan pelbagai serampang disediakan termasuk dalam bentuk bantuan daripada kaunselor, keluarga, institusi keagamaan dan badan-badan masyarakat.



"Jadi kita cuba membentuk keseluruhan ekosistem untuk membantu mereka," ujar Encik Shanmugam.




"Pengedar dadah kita tangani dengan sangat serius, termasuk dengan mengadakan hukuman mati jika mereka didapati mengedar lebih daripada jumlah tertentu.



Bagi penyalahguna dadah pula, kami mahu tangani mereka sebagai isu kesihatan, mereka mempunyai masalah penyalahgunaan."
- Encik K. Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >