Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Tinjauan NLB: Lebih ramai membaca, guna wadah bacaan digital

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



KAJIAN Tabiat Membaca Kebangsaan 2021 yang dijalankan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) menunjukkan lebih warga dewasa dan remaja di Singapura membaca untuk riadah, berbanding tahun 2018.



Media format digital, seperti video dan buku elektronik (eBuku), juga menjadi format yang lebih popular. Kepopularan membaca dan kegunaan media digital seperti platform penstriman video, semakin meningkat disebabkan oleh langkah sekatan Covid-19.



Kajian Tabiat Membaca Kebangsaan bertujuan memahami tabiat membaca penduduk dewasa dan remaja di Singapura, dan memaklumkan strategi NLB untuk menggalakkan membaca dalam kalangan penduduk.



Kajian tersebut, yang mempunyai saiz sampel 3,610 penduduk Singapura berusia 17 tahun dan ke atas, dilakukan menerusi temu bual dalam talian dan temu bual dari rumah ke rumah.



Dapatan kajian tersebut menunjukkan 91 peratus warga dewasa menggunakan platform penstriman video untuk keseronokan, manakala 81 peratus menggunakannya untuk mengikuti acara semasa.



Seramai 96 peratus remaja menggunakan platform penstriman video untuk keseronokan, manakala 85 peratus menggunakannya untuk mengikuti acara semasa.



Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa 58 peratus pembaca buku dewasa membaca sekurang-kurangnya satu eBuku, manakala 60 peratus pembaca buku remaja membaca sekurang-kurangnya satu eBuku.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata:



"Meskipun ada kesan pandemik terhadap kehidupan dan gaya hidup kita sejak dua tahun lalu, ia sangat menggalakkan apabila melihat kegiatan membaca dan pembelajaran malar bagi kebanyakan rakyat Singapura. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kehendak yang semakin meningkat untuk media digital, terutamanya dalam kalangan belia."



Encik Ng juga berkongsi, NLB sedang mengembangkan dan meningkatkan penawaran perkhidmatan di pelbagai saluran untuk mendayakan penduduk Singapura - muda dan tua - agar terus membaca dan belajar bila-bila masa dan di mana sahaja.



Bagi menangani dapatan kajian, NLB akan memanfaatkan program dan salurannya untuk menggalak kegitan membaca dan pembelajaran untuk semua.



Platform penstriman video, seperti YouTube dan Netflix, biasanya digunakan oleh warga dewasa dan remaja untuk mendapatkan maklumat dan hiburan. Oleh itu, NLB akan menawarkan lebih banyak video di saluran YouTubenya untuk menyampaikan kandungan kepada pelanggannya.



Pelanggan NLB juga boleh meminjam daripada repositiri eBuku dan buku audio yang semakin meningkat secara percuma melalui aplikasi mudah alih NLB, dan mengakses beribu-ribu kursus percuma melalui platform pembelajaran dalam talian NLB-Udemy Business.




SEKILAS DAPATAN



Kajian melibatkan:



  • 3,610 penduduk Singapura berusia 17 tahun dan ke atas

  • 2,918 berusia 20 tahun dan ke atas

692 berusia 17 tahun hingga 19 tahun



Membaca untuk riadah:



  • 95% orang dewasa - peningkatan daripada 88% pada 2018

  • 86% remaja, peningkatan daripada 83% pada 2018

Menggunakan platform penstriman video untuk keseronokan:



  • 91% orang dewasa

  • 96% remaja

Menggunakan platform penstriman video untuk mengikuti acara semasa:



  • 81% orang dewasa

  • 85% remaja

Membaca sekurang- kurangya satu eBuku:



  • 58% orang dewasa

  • 60% remaja




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >