Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Pelancong bosan dengan sekatan perjalanan

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



PELANCONG udara semakin bosan dengan sekatan perjalanan Covid-19, dengan kebanyakan orang berpendapat bahawa sempadan negara harus dibuka sekarang dan kebebasan perjalanan mesti dikembalikan.



Ini merupakan antara dapatan satu tinjauan bulan lalu ke atas 4,700 responden dari 11 pasaran berbeza, yang dijalankan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata).



Tinjauan itu menunjukkan bahawa pelancong berasa risiko Covid-19 boleh diatasi dengan berkesan.



Seramai 67 peratus responden berkata kebanyakan sempadan negara harus dibuka sekarang, naik 12 mata peratusan daripada tinjauan terakhir pada Jun lalu.



Sementara itu, 64 peratus berpendapat bahawa penutupan sempadan tidak perlu dan tidak berkesan untuk membendung virus, meningkat 11 mata peratusan daripada Jun, lapor The Straits Times.



Hampir tiga suku responden pula berkata mutu hidup mereka terjejas akibat sekatan perjalanan Covid-19, meningkat 6 mata peratusan daripada Jun.



"Orang ramai semakin kecewa dengan sekatan perjalanan Covid-19 dan lebih-lebih lagi melihat mutu hidup mereka menderita akibatnya," kata ketua pengarah Iata, Encik Willie Walsh.



Beliau menambah bahawa ramai yang tidak melihat keperluan sekatan perjalanan untuk mengawal virus itu.



"Mereka telah terlepas terlalu banyak detik bersama keluarga, peluang pembangunan peribadi dan keutamaan perniagaan.



"Mesej yang mereka berikan kepada pemerintah adalah: Covid-19 tidak akan hilang, jadi kita mesti menetapkan cara untuk menguruskan risiko semasa hidup dan melancong dengan biasa," katanya.



Iata, yang sedang mengakhiri mesyuarat agung tahunannya yang ke-77 di Boston, berkata bahawa penghalang terbesar perjalanan udara ialah langkah kuarantin, dengan 84 peratus responden berkata mereka tidak akan melakukan perjalanan jika ada kemungkinan menjalani kuarantin di destinasi mereka.



Sebilangan besar responden menyokong meniadakan kuarantin jika seseorang diuji negatif untuk Covid-19 dan telah divaksin.



Dengan kadar vaksinasi meningkat di seluruh dunia, 80 peratus responden bersetuju bahawa orang yang diberi vaksin boleh melakukan perjalanan dengan bebas melalui udara, kata Iata.



Namun, ada juga pandangan yang menentang langkah menjadikan vaksinasi sebagai syarat perjalanan udara.



Kira-kira dua pertiga berasa adalah salah dari segi moral untuk membatasi perjalanan hanya untuk mereka yang telah divaksinasi. Lebih 80 peratus responden percaya bahawa ujian sebelum perjalanan udara harus menjadi alternatif bagi orang yang tidak mendapat vaksinasi.



Tinjauan itu juga mendapati bahawa antara 75 peratus dan 80 peratus responden berkata kos dan kesukaran menjalani ujian adalah penghalang ketara perjalanan, dan ingin pemerintah menanggung kosnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >