Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Tinjauan perbelanjaan melibatkan 13,000 keluarga telah selesai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tinjauan perbelanjaan melibatkan 13,000 keluarga telah selesai

Dec 04, 2018 | 03:26 PM

SATU tinjauan untuk mengumpulkan maklumat pendapatan dan perbelanjaan keluarga yang dimulakan sejak Oktober tahun lalu, telah selesai, menurut kenyataan Jabatan Statistik Singapura (DOS).

Dalam kenyataannya, DOS berkata fasa mengumpulkan data bagi Tinjauan Perbelanjaan Keluarga 2017/2017 yang melibat 13,100 keluarga telah tamat dan para pegawainya tidak lagi melakukan lawatan ke rumah.

Tinjauan itu mendapatkan maklumat mengenai perbelanjaan kelaurga, ciri sosio-ekonomi, serta pemilikan barangan pengguna. Ia dijalankan setiap lima tahun.

Maklumat yang dikumpulkan akan digunakan bagi menyelaras kajian mengenai trend pendapatan dan perbelanjaan, serta digunakan bagi melakarkan Indeks Harga Pengguna (CPI), ujar DOS sebelum ini.

DOS berkata keluarga yang menyertai tinjauan ini masih boleh menerima panggilan telefon bagi mendapat penjelasan mengenai maklumat diberikan sebelum ini.

Mulai Sabtu ini (8 Dis), telefon hotline tinjauan (1800-888-1718) dan e-mel (singstat–hes@singstat.gov.sg) tidak akan diteruskan.

Sesiapa yang menghubungi DOS mengenai tinjauan itu boleh mengubungi hotline umum di 1800-323-8118 atau 6332 8722 (bagi pemanggil luar negara) dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari biasa atau e-mel ke info@singstat.gov.sg.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3