Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Tiga dalam lima SME alami pencerobohan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan lalu

Jan 17, 2019 | 01:01 PM



TIGA dalam lima syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura alami pencerobohan keselamatan siber yang mengakibatkan gangguan perniagaan dan data dalam tempoh 12 bulan yang lalu, menurut tinjauan terkini. 



Namun hanya 30 peratus daripada syarikat yang terjejas memberitahu pelanggan atau kakitangan mereka mengenai pembocoran data, menurut tinjauan penyedia insurans Chubb ke atas 300 SME. 



Tambahan lagi, lebih daripada tiga dalam lima yang ditinjau berkata mereka percaya korporasi besar lebih terdedah kepada risiko serang siber berbanding SME. 



“Mereka berasa SME terlalu kecil untuk gagal,” kata pengurus siber Chubb Asia Pacific, Encik Andrew Taylor. 



Namun, beliau berkata ini tidak benar. 



“Malah, syarikat kecil lebih banyak terdedah kerana mereka menghadapi ancaman yang sama seperti perniagaan yang lebih besar dan tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang komprehensif, akibatnya risiko yang besar itu tidak dapat dirankumkan (di bawah langkah-langkah itu),” katanya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >