Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN TINJAUAN KESIHATAN PENDUDUK NASIONAL (NPHS)

Tinjauan tunjukkan usaha tingkat kesihatan Melayu perlu dipergiat, diperkukuh: MHPA

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) mengambil pendekatan serampang berbilang mata bagi membaiki kesihatan orang Melayu dan merapatkan jurang kesihatan antara kaum di Singapura.



Ketika diminta mengulas dapatan Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) yang menimbulkan keprihatinan, terutama mengenai peningkatan kes darah tinggi dan kolesterol tinggi, naib presiden MHPA, Dr Nurhidayati Mohamed Suphan, berkata:



"Harapan kami ialah kita sama-sama membantu memperbaiki kesihatan masyarakat kita, dan kami mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak di Singapura, agar masyarakat Melayu boleh memperbaiki statistik kesihatan kita dalam tinjauan akan datang."



Menurutnya, anggota MHPA turut terlibat dalam Kumpulan Kerja Jangkauan Masyarakat Melayu, yang diketuai Setiausaha Parlimen (Kementerian Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang bertujuan membaiki kesihatan masyarakat Melayu.



Kumpulan kerja itu dibentuk setelah satu semakan data kesihatan kebangsaan mendapati jumlah orang Melayu yang menghidap barah berbanding masyarakat lain beransur-ansur meningkat sepanjang beberapa dekad lalu.



Dr Nurhidayati berkata MHPA mempunyai ramai anggota yang merupakan doktor Melayu dan juga ahli penjagaan kesihatan bertauliah lain, termasuk jururawat, ahli fisioterapi, ahli psikologi, pakar diet dan juga jurulatih kecergasan.



"Kami semua sama-sama cuba menerapkan aktiviti lebih memanfaatkan kesihatan dalam kegiatan harian masyarakat Melayu,'' ujar beliau.



Anggota MHPA seperti Pengarah Khidmat Klinikal Hospital Mount Alvernia, Dr Djoni Huang; doktor keluarga di Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina; dan doktor pakar perubatan sukan, Dr Fadzil Hamzah, terlibat bersama Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dalam program Jaga Ummah, Jaga Kesihatan (JKJU).



HPB membentuk JKJU pada 2017 untuk memperkukuh usaha penggalakan kesihatan masyarakat Melayu. JKJU kerjasama antara HPB dan masjid dengan masjid membuat sumbangan besar dalam mempromosi kesihatan jemaahnya.



Dr Nurhidayati berkata NPHS menunjukkan lebih ramai orang mendapatkan vaksinasi selesema dan pneumokokus (penyakit yang boleh menyebabkan radang paru-paru, atau jangkitan paru-paru, bakteremia, atau bakteria dalam darah, dan penyakit lain yang boleh mengancam nyawa).



"Kaum wanita melebihi lelaki dalam mendapatkan vaksinasi selesema. Ini amat memberangsangkan. Malangnya, masyarakat Melayu kurang menjalani pemeriksaan kesihatan dibandingkan dengan masyarakat lain. Pemeriksaan kesihatan boleh mengesan penyakit kronik lebih awal dan mengurangkan risiko memudaratkan," kata Dr Nurhidayati.



NPHS mendapati peratusan orang Melayu yang merokok paling tinggi, iaitu 21.1 peratus, berbanding 8.6 peratus perokok Cina dan 8.9 peratus perokok India.



"Merokok menyebabkan barah, kanser, penyakit jantung, angin ahmar, penyakit paru-paru, kencing manis, dan penyakit paru-paru obstruktif,'' kata Dr Nurhidayati.



Sebanyak 23.9 peratus orang Melayu mengalami kegemukan, berbanding 7.4 peratus orang Cina dan 17.7 peratus orang India. Selain itu, 38.7 peratus orang Melayu mempunyai indeks jisim badan (BMI) berisiko tinggi, berbanding 31.8 peratus orang India dan 16.1 peratus orang Cina.



"Masalah kegemukan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik, seperti penyakit kencing manis dan masalah pernafasan. Peratusan mereka yang menghidap penyakit kronik terus meningkat. Peratusan mereka yang menghadapi darah tinggi naik daripada 24.2 peratus kepada 35.5 peratus.



"Sebanyak 14.4 peratus orang Melayu menghidapi penyakit kencing manis berbanding 8.2 peratus orang Cina," ujar Dr Nurhidayati.



Dari segi senaman, 23.9 peratus orang Melayu melakukan senaman, berbanding 33.6 peratus orang Cina dan 42.1 peratus orang India.



Masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Melayu juga meningkat.



"Daripada tinjauan itu, kita dapat lihat kita perlu meningkatkan dan mengukuhkan usaha kesihatan bagi masyarakat Melayu,'' kata Dr Nurhidayati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >