Tiong Bahru lebih mesra penduduk kurang upaya
Feb 04, 2020 | 05:30 AM
BEBERAPA peningkatan di estet Tiong Bahru-Seng Poh akan memudahkan mereka yang mengalami masalah mobiliti bergerak di sekitar estet itu.
Antara inisiatif melibatkan memendekkan rak basikal untuk membina tanjakan kerusi roda, sementara adangan konkrit dibuang dari kaki lima bagi memberi laluan kepada kerusi roda.