Subuh
5:42
Syuruk
7:05
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Setempat

Tips untuk elakkan jangkitan virus di tempat awam

Feb 05, 2020 | 03:26 PM

​Singapura melaporkan jangkitan tempatan pertamanya pada Selasa (4 Februari).

Meskipun jangkitan itu kini ini terhad dan tiada bukti penyebaran meluas, terdapat kemungkinan penularan dalam masyarakat akan berlaku, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.

Sebaran virus berlaku menerusi titisan ai​​r daripada batuk atau bersin seseorang yang menghidap virus itu.

Individu boleh dijangkiti jika beliau menyentuh titisan itu atau jika ia terkena mata, hidung atau mulut, sama ada secara langsung atau tidak.

Berikut beberapa panduan yang boleh diikuti untuk mengurangkan risiko dijangkiti koronavirus itu, menurut pakar.

1) Elak tempat sesak.

 2) Jika perlu keluar rumah, berhati-hati apabila menggunakan lif dan tandas awam. Elak daripada menyentuh permukaan menggunakan tangan.

3) Lif tempat yang 'paling berbahaya' kerana ia terkepung dan semua orang perlu menekan butang untuk naik atau turun, kata pakar penyakit berjangkit, Profesor Wang Lin Fa, daripada Sekolah Perubatan Duke-NUS kepada The Straits Times. Beliau sarankan guna pena untuk menekan butang lif.

4) Gunakan pensanitasi tangan selepas masuk atau keluar kereta atau teksi.

5) Pemandu boleh buka tingkap kereta atau teksi selepas menurunkan penumpang supaya udara dapat mengalir.

6) Sekitar 80 hingga 90 peratus kes serius atau membawa maut adalah yang dijangkiti orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Mereka boleh elak tempat sesak dan sebaik-baiknya jangan keluar rumah.​​

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian