Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu bank $2.84 juta: 2 lelaki mengaku bersalah, lagi empat individu didakwa bersubahat

Nov 30, 2020 | 08:36 PM



DUA lelaki mengaku bersalah di mahkamah daerah pada Isnin (30 Nov) atas peranan mereka untuk menipu bank meluluskan pinjaman hartanah $2.84 juta pada 2014. 



Iswandi Yahya, 38 tahun dan bekas ejen hartanah Mohamad Hamzi Rabu, 50 tahun, dikaitkan dengan penipuan ‘cashback’ di mana sebuah rumah di Woodgrove Walk berhampiran Woodlands Ave 1 dijangka dijual pada harga $2.4 juta tetapi harganya dinaikkan kepada $3.55 juta.



Selepas rumah itu dijual kepada Iswandi, Hamzi, selaku penjual rumah menerima $2.4 juta dan menurut dokumen mahkamah, dua lagi individu Mohamed Haron Hassan, 39 tahun dan Juma’at  Juma’at Johari, 40 tahun menerima ‘cashback’ $464,000, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Namun, Iswandi, yang menganggur pada masa itu, gagal melunaskan pinjaman kepada Malayan Banking (Maybank), menyebabkan bank itu kerugian lebih $1.2 juta. 



Dua lagi individu Bijabahadur Rai Shree Kantrai, 50 tahun; dan Sufandi Ahmad, 40 tahun turut disyaki terlibat dalam kes itu. 



Mahkamah diberitahu semalam Bijabahadur telah mengusul skim itu kepada Sufandi, yang mencari hartanah untuk dijual dan pembeli bagi hartanah itu. 



Mahkamah dijadual menjatuhkan hukuman ke atas Iswandi pada 8 Disember, sementara Hamzi akan dikenakan hukuman pada 6 Januari tahun depan. 



Kes empat individu Haron, Juma'at, Bijabahadur dan Sufandi masih belum selesai. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >