Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu cinta Internet bertambah 65%, kadar keseluruhan jenayah berkurang

Feb 10, 2017 | 11:03 AM



MANGSA penipuan cinta Internet kehilangan $ 24 juta tahun lalu, walaupun kadar keseluruhan jenayah berkurangan 2.6 peratus.



Pada 2016, jenayah dalam tujuh kategori, seperti jenayah hartanah ganas atau serius, pecah masuk dan jenayah berkaitan, dan kecurian dan jenayah berkaitan, mencatat jumlah paling rendah dalam 30 tahun, kata polis dalam taklimat jenayah tahunan pada Jumaat (Feb 10).



Bilangan jenayah hartanah ganas atau serius berkurangan daripada 299 pada 2015 kepada 248 pada 2016, kurang 17.1 peratus, manakala pecah masuk dan jenayah berkaitan menyaksikan 285 kes, 16.2 peratus kurang daripada 340 pada 2015.



Kes kecurian dan jenayah berkaitan berkurangan 9.5 peratus, kepada 14,127 tahun lalu daripada 15,615 pada 2015.



Walaupun jenayah komersial berkurangan 0.6 peratus hasil usaha antipenipuan, pendidikan awam, serta kerjasama antarabangsa dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing, polis berkata masih terdapat tiga perkara membimbangkan - penipuan e-dagang, penipuan cinta Internet dan penipuan penyamaran sebagai pegawai China.



Terdapat 636 kes penipuan cinta Internet tahun lalu, bertambah 65 peratus daripada 385 pada 2015. Jumlah yang ditipu pada 2016 ialah $24 juta.



Dalam kebanyakan kes, pesalah berkawan dengan mangsa di media sosial atau aplikasi sembang dalam talian dan mempesona mangsa, kemudian menipu mereka.



Penipuan melibatkan e-dagang berkurangan 134 kes kepada 2,105 tahun lalu, dengan mangsa kehilangan $1.5 juta.



Penipuan menyamar sebagai pegawai China, melibatkan mangsa ditipu untuk mengirim wang oleh penipu yang mengaku sebagai pegawai pihak berkuasa China, mula dikesan pada April tahun lalu.



Dalam lapan bulan, terdapat 487 kes yang menyaksikan mangsa menyerahkan $23 juta.



Penipuan 'kredit bagi seks' berkurangan 33.8 peratus pada 2016.



Polis berkata pada 2016 terdapat 135 hari bebas jenayah ragut, pecah masuk dan rompakan. Ini 31 hari lebih banyak daripada angka 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >