Tipu libatkan tukaran wang asing: Lelaki ditangkap, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Tipu libatkan tukaran wang asing: Lelaki ditangkap

Feb 11, 2021 | 05:30 AM

SEORANG lelaki berusia 33 tahun telah ditangkap kerana menipu melibatkan pertukaran wang asing.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan lewat malam kelmarin, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pihaknya menerima beberapa laporan pada 1 Februari lalu daripada mangsa yang mendakwa tertipu oleh seorang penjual dalam talian di Carousell.

Penjual itu berkata dia mempunyai kadar pertukaran baik bagi dolar Singapura kepada Renminbi China.

Setelah pembayaran dilakukan mangsa-mangsa itu, penjual itu kemudian tidak dapat dihubungi.

Hasil siasatan Jabatan Polis Ang Mo Kio, identiti lelaki itu dikenal pasti dan dia berjaya ditangkap pada 9 Februari lalu dan didakwa menipu sekurang-kurangnya tujuh individu sebanyak $14,000.

Discover Malay Home Based Businesses

Dia telah dihadapkan ke mahkamah semalam, menurut polis.

Dalam kenyataannya, polis berkata ia memandang serius kes melibatkan penipuan dan pesalah akan dihukum sesuai dengan undang-undang yang ada.

Polis juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika membuat pembelian atau bayaran dalam talian.

"Pilih perlindungan pembeli dengan menggunakan pilihan bayaran dalam sistem yang hanya akan memberikan wang tersebut kepada penjual setelah barang yang dibeli sudah dihantar kepada pembeli.

"Di mana mungkin, elak daripada melakukan pembayaran pendahuluan atau pindahan wang secara langsung kepada penjual," kata polis.

Penipu mungkin akan cuba menggalakkan pembeli menghubungi mereka secara langsung melalui platform mesej peribadi seperti WhatsApp atau WeChat dengan menawarkan tawaran lebih menarik jika pindahan wang secara langsung kepada mereka dilakukan, tambah polis.

"Mereka juga mungkin akan menggunakan akaun bank setempat atau menunjukkan salinan kad pengenalan peribadi atau lesen memandu untuk membuat anda percaya bahawa mereka merupakan penjual yang betul.

"Jangan jatuh ke dalam perangkap mereka!" tegas polis.

Orang ramai boleh melungsuri scamalert.sg atau hubungi hotline anti-penipuan di 1800-722-6688 untuk mengetahui lebih lanjut tentang penipuan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan penipuan sedemikian boleh menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau berikan maklumat tersebut secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.

Sementara itu, mereka yang didapati menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau didenda.


BILANGAN KES

Jumlah kes penipuan naik 65.1 peratus

  • 2019: 9,545 kes
  • 2020: 15,756 kes

4 jenis penipuan yang menjadi keprihatinan

1. E-dagang: 3,354 kes

  • Naik 538 kes
  • Jumlah wang ditipu: $6.9 juta

2. Penyamaran media sosial: 3,010 kes

  • Naik 2,224 kes
  • Jumlah wang ditipu: $5.5 juta

3. Pinjaman: 1,990 kes

- Naik: 240 kes

- Jumlah wang ditipu: $14.5 juta

4. Pancing data berkaitan perbankan: 1,342 kes

  • Naik 1,262 kes
  • Jumlah wang ditipu: $5.8 juta

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map