Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu pancing data DBS: Lapan dituduh dedah butiran Singpass, tipu bank

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



LAPAN orang berumur 16 hingga 27 tahun didakwa di mahkamah semalam kerana disyaki terlibat dalam penipuan pancingan data DBS, di mana lebih 60 orang kerugian lebih $60,000.



Mereka didakwa melakukan kesalahan termasuk mendedahkan butiran Singpass mereka untuk menerima bayaran dan membuka akaun dengan menipu bank.



Enam daripada mereka ialah Muhammad Fariz Zulhelmi Rizal, 22 tahun; Amani Oliveira, 24 tahun; Muhammed Farhaan Syaqir Kamis, 20 tahun; Shahrul Rezal Mawi, 24 tahun; Iskandar Malik, 27 tahun; dan Nur Farhanah Samsuri, 18 tahun.



Dua lagi tertuduh berumur 16 dan 17 tahun dan tidak boleh dinamakan kerana di bawah 18 tahun dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.



Muhammad Fariz, Muhammed Farhaan, Iskandar Malik, Nur Farhanah dan remaja 17 tahun itu memberi butiran Singpass mereka kepada orang tidak dikenali bagi bayaran hingga $1,500.



Polis berkata dalam satu kenyataan bahawa butiran Singpass digunakan penjenayah untuk membuka akaun bank dan memindahkan hasil daripada penipuan pancingan data DBS.



Mangsa penipuan itu menerima mesej SMS daripada pengirim dengan nama seperti "SG-DBS" atau "DBS-Notice" yang menyatakan kad ATM mereka disekat kerana kegiatan luar biasa, atau akaun bank mereka dibekukan kerana kegiatan mencurigakan.



SMS itu kemudian mengarahkan mangsa mendaftar masuk dan mengesahkan identiti mereka melalui pautan yang sebenarnya membawa ke laman log masuk perbankan Internet palsu.



Mangsa diminta memasukkan butiran log masuk dan kad bank mereka serta kata laluan sekali saja, yang membolehkan penipu mengakses akaun mereka dan mengeluarkan wang mereka.



"Beberapa daripada mereka (yang memberi butiran Singpass) tidak menerima sebarang faedah kewangan kerana penerima butiran mereka mengelakkan diri selepas berjaya membuka akaun bank," kata polis.



Remaja berusia 16 tahun itu didakwa membuka akaun dengan UOB dan memperdaya bank bahawa dia pengguna tunggal.



Oliveira dituduh menghasut seseorang bernama Iffah Natasha Mawito untuk melakukan kesalahan serupa, iaitu menipu UOB.



Muhammad Fariz, Shahrul Rezal dan Iskandar Malik menghadapi tuduhan tambahan kerana menghalang proses keadilan.



Muhammad Fariz secara palsu memberitahu polis dia telah memberi butiran Singpassnya kepada orang tidak dikenali melalui aplikasi Telegram bagi tujuan pinjaman kereta. Dokumen mahkamah menyatakan Shahrul Rezal menyebabkan Muhammad Fariz berbuat demikian.



Iskandar Malik didakwa memadamkan rekod sembang WhatsApp mengandungi maklumat berkaitan pendedahan butiran Singpassnya. Dia dikatakan berbuat demikian semasa dalam perintah pemulihan.



"Untuk mengelak daripada terlibat dalam aktiviti penipuan, orang ramai harus sentiasa menolak peluang membuat wang yang kelihatan menarik yang menjanjikan pembayaran untuk penggunaan akaun Singpass, akaun bank atau nombor telefon bimbit mereka," nasihat polis.



Jika didapati bersalah mendedahkan butiran Singpass bagi keuntungan salah, pesalah boleh didenda hingga $10,000 dan dipenjara hingga tiga tahun. Kesalahan menipu bank untuk membuka akaun membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >