Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu pancing data OCBC: 4 tertuduh turut hadapi tuduhan lain

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



EMPAT daripada tujuh remaja yang telah dihadapkan di mahkamah bagi tuduhan berkaitan penipuan memancing data (phishing scam) yang menyasarkan pelanggan OCBC Bank turut dikenakan tuduhan lain, seperti merompak dan merusuh.



Jumaat lalu, tujuh remaja itu dikenakan satu tuduhan membantu orang lain menyimpan hasil daripada perbuatan jenayah sekitar Disember tahun lalu.



Lima daripada mereka kini berusia 19 tahun. Mereka adalah Jovan Soh Jun Yan, Brayden Cheng Ming Yan, Muhammad Khairuddin Eskandariah dan dua remaja lelaki yang nama mereka tidak boleh didedahkan kerana berusia 18 tahun ke bawah apabila dikatakan melakukan kesalahan lain itu.



Mereka yang berusia 18 tahun ke bawah dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.



Dua lagi pesalah yang didakwa ialah Leong Jun Xian, 20 tahun, dan Lim Kai Ze, 21 tahun.



Khairuddin, Cheng dan Lim kini menghadapi satu tuduhan setiap seorang. Mereka didakwa bagi kesalahan di bawah Akta Rasuah, Pemerdagangan Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Manfaat) (CDSA).



Soh, Leong dan dua remaja yang tidak boleh didedahkan itu setiap seorang menghadapi antara tiga dengan 10 tuduhan di bawah CDSA serta jenayah lain, termasuk rompakan.



Sebelum ini, polis menyatakan 13 orang berusia antara 19 dengan 22 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam siri penipuan baru-baru ini yang menyasarkan pelanggan OCBC.



Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita.



Secara keseluruhan, 790 pelanggan kehilangan $13.7 juta dalam penipuan memancing yang berlaku pada Disember tahun lalu dan bulan lepas itu.



Mangsa menerima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dikenal pasti yang mendakwa terdapat isu dengan akaun perbankan mereka, dan menyuruh mereka menekan pautan bagi menyelesaikan masalah tersebut.



Mangsa kemudian diarahkan ke sebuah laman web palsu yang sama seperti OCBC dan disuruh menekan butiran daftar masuk akaun perbankan dalam talian, atau 'ibanking', mereka.



Hanya selepas itu barulah mereka menerima pemberitahuan yang memberitahu mereka tentang urus niaga yang dilakukan tanpa kebenaran di akaun bank mereka.



Mangsa kemudian sedar mereka telah ditipu.



Polis berkata mereka memantau laporan penipuan memancing data itu sejak Disember lalu.



Pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) menangkap kesemua 13 suspek itu dalam satu operasi seluruh negara pada 16 dan 17 Februari.



Antara yang dirampas ialah alat telefon bimbit, kad bank, kad SIM, wang tunai $2,760 dan dua jam tangan Rolex bernilai $35,600.



Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000 atau kedua-dkua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >