Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu pancing data OCBC: Lelaki didakwa lakukan kesalahan termasuk menipu, ugut

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang didakwa di mahkamah semalam kerana dikatakan memainkan peranan dalam penipuan memancing data yang menyasarkan pelanggan OCBC Bank turut menghadapi tuduhan kesalahan lain yang tidak berkaitan, termasuk ugutan jenayah.



Mark Teo Sin Yan, 31 tahun, menghadapi satu tuduhan membantu seorang yang tidak dikenalinya menyimpan hasil daripada perbuatan jenayah antara November dengan Disember tahun lalu.



Teo menghadapi lapan lagi tuduhan bagi kesalahan lain.



Dia didakwa membenarkan orang yang tidak dikenalinya itu menggunakan akaun bank UOB milik syarikat Royals Beaute untuk memindahkan dan mengeluarkan hasil daripada kegiatan jenayah.



Dalam kenyataannya sebelum ini, polis berkata mereka menerima laporan daripada seorang mangsa penipuan memancing data melibatkan OCBC pada 26 Disember tahun lalu.



Menurut polis, mangsa menyedari terdapat urus niaga tidak sah yang dibuat daripada akaun banknya hingga menyebabkan beliau rugi lebih $100,000.



"Siasatan awal menunjukkan bahawa wang mangsa lebih $18,000 dipindahkan ke sebuah akaun bank korporat UOB.



"(Seorang lelaki) didakwa menggunakan butiran CorpPass beliau untuk membuka sebuah akaun korporat bagi sebuah syarikat yang ditubuhkan di sini pada November 2021.



"Lelaki itu kemudian melepaskan akaun bank itu kepada orang tidak dikenali, didakwa bagi manfaat kewangan," ujar polis.



Akaun bank itu kemudian digunakan bagi beberapa urus niaga bernilai tinggi Disember lalu hingga melibatkan urus niaga bernilai lebih $4 juta, tambahnya.



Polis tidak menyatakan apakah kes Teo ada kaitan dengan kes melibatkan Leong Jun Xian, 21 tahun, yang dihadapkan ke mahkamah sebelum ini bagi peranannya dalam penipuan memancing data OCBC Bank yang melibatkan sekitar $12.8 juta.



Dalam pada itu, Teo turut menghadapi tuduhan lain, termasuk menipu seorang wanita sebanyak $50 pada 5 Januari lalu lepas dia menipu wanita tersebut kononnya dia mempunyai jam tangan Apple untuk dijual.



Dia juga menghadapi beberapa tuduhan kesalahan trafik, termasuk memandu kereta tanpa lesen.



Teo turut didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki semasa dalam sebuah teksi di sebuah tempat letak kereta di Hougang Avenue 4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >