Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu pelabur dalam skim dagang nikel: Lelaki dikenakan 12 lagi tuduhan

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



SEORANG peniaga yang didakwa berkaitan dengan kesalahan skim penipuan pelaburan terbesar di Singapura telah dikenakan 12 lagi tuduhan dan kini dituduh menggunakan lebih $2.4 juta keuntungan itu untuk sebahagian pembayaran bagi dua kereta mewah - Bentley Mulsanne dan Porsche Boxter.



Warga Singapura, Ng Yi Zhi, yang didakwa semalam dengan 12 tuduhan berurusan dengan keuntungan kegiatan haramnya, juga dikatakan telah menggunakan AS$250,000 ($338,000) untuk membayar sebahagian barang kemas itu yang termasuk set cincin berlian.



Warga Singapura berusia 34 tahun itu kini berdepan lebih 100 tuduhan kesemuanya, termasuk beberapa tuduhan penipuan.



Ng, bekas pengarah Envy Asset Management dan Envy Global Trading, dikatakan mempunyai kaitan dengan skim perdagangan nikel yang didakwa menipu pelabur sekurang-kurangnya $1.2 bilion.



Dia ditahan Februari tahun lalu dan pada Ogos tahun lalu, mahkamah tinggi meluluskan penggulungan Envy Global Trading dan syarikat lainnya.



Antara tuduhan terbarunya, Ng didakwa mengeluarkan lebih AS$6.5 juta daripada keuntungan haram antara Mac dan Disember 2019.



Dia dituduh memindahkan wang itu ke akaun bank orang lain dari Vietnam, Kemboja dan Taiwan.



Secara berasingan, dia dituduh memperoleh lebih $92 juta dalam salah satu akaun banknya.



Pada masa yang sama, dia juga didakwa memindahkan lebih $3.4 juta daripada akaun bank kepada lima orang dan kepada syarikat bernama Invidia Capital.



Ng dikatakan telah membuat sebahagian pembayaran untuk barang kemas berlian pada 10 April 2019.



Pada Februari 2020, dia didakwa menggunakan lebih daripada $2.4 juta untuk barangan termasuk pembayaran untuk dua kereta mewah.



Sidang praperbicaraan Ng akan diadakan pada 10 Mei ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >