Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu pelanggan: Lelaki 22 tahun diheret ke mahkamah

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 22 tahun diheret ke mahkamah semalam kerana didakwa menipu seorang pelanggan syarikat kunci digital sebanyak $6,153.



Menurut kertas pertuduhan, Travis Ow Jin Yuan didakwa menipu seorang wanita sehingga beliau percaya beliau membuat bayaran kepada akaun bank My Digital Lock antara 3 dengan 24 Januari lalu.



Wanita tersebut memindahkan wang kepada akaun bank itu kerana percaya beliau membuat bayaran untuk membeli tilam, rangka katil, bantal dan kunci digital.



Ow turut menghadapi tiga tuduhan lain termasuk dua tuduhan merusuh dan satu tuduhan menjadi anggota kongsi gelap.



Dia dibebaskan dengan ikat jamin $20,000 dan dijangka kembali ke mahkamah pada 8 April.



Ow ditangkap Khamis lalu kerana didakwa menipu beberapa mangsa membuat bayaran berjumlah sekitar $94,000 kepadanya menerusi PayNow.



Siasatan awal menunjukkan bahawa dia juga terlibat dalam beberapa kes serupa, menurut polis menerusi satu kenyataan kelmarin.



Jika sabit kesalahan, Ow boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda bagi menipu.



Jika didapati bersalah merusuh, dia boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan disebat.



Bagi kesalahan menjadi anggota kongsi gelap pula, dia boleh dipenjara hingga tahun, didenda hingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >