Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu pinjaman libatkan $1.5j: Lelaki didakwa

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki 68 tahun didakwa mengarah wanita yang ingin mendapatkan pinjaman $15 juta untuk membayar $1.5 juta bagi mendapatkan pinjaman wang tersebut.



Namun, lelaki itu dipercayai telah menyimpan $1.25 juta daripada pembayaran itu dan tidak dapat dihubungi, serta gagal untuk menyampaikan pinjaman itu.



Menurut laporan The Straits Times, Wong Poh Kun semalam telah dikenakan tuduhan menipu, yang melibatkan wang sebanyak $1.5 juta.



Siasatan menggunakan pangkalan data Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), menunjukkan Wong, seorang warga Singapura, sebelum ini merupakan pengarah di beberapa firma termasuk syarikat reka bentuk dalaman, Genesis-Alliance Projects dan firma pembangunan hartanah Lakefront.



Pangkalan data itu menyatakan bahawa alamatnya berada di Sentosa Cove.



Menurut dokumen mahkamah, pada 27 Februari tahun lalu, Cik Maureen Li telah diperdayakan oleh Wong untuk mempercayai bahawa beliau membuat pembayaran $1.5 juta kepada broker pinjaman bagi menjamin pinjaman $15 juta, yang akan diberikan dalam beberapa bahagian.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan kerjaya atau latar belakang Cik Li.



Wong dipercayai telah berbohong bahawa wang itu akan dipindahkan ke akaun bank Asia Alternative Fund, sebuah syarikat pelaburan.



Polis berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa daripada jumlah ini, $1.25 juta didakwa disimpan oleh Wong dan bakinya dibayar kepada broker pinjaman.



Pada Rabu, pegawai dari Divisyen Polis Central menangkap Wong dan merampas beberapa alat elektronik.



Wong dipercayai terlibat dalam penipuan lain, kata polis.



Bercakap menerusi pautan video semasa dalam tahanan reman, Wong mempersoalkan pertuduhan itu kerana dia berkata dia sedang dalam perjanjian penyelesaian dan merancang untuk membuat pembayaran kepada mangsa bulan ini.



"Saya memerlukan masa untuk menguruskan perkara ini dan dengan menahan reman saya akan menafikan peluang saya untuk menyelesaikannya," kata Wong di mahkamah, sambil menambah dia mempunyai masalah kesihatan dan perlu ke hospital.



Dia menambah:



"Saya merupakan seorang ahli perniagaan yang dihormati selama bertahun-tahun dan menyelesaikan beberapa projek bernilai jutaan dolar.



"Mengapa saya ingin menipu seseorang dengan jumlah kecil $1 juta sedangkan saya telah berusaha untuk mendapatkan puluhan juta dalam kerjaya saya?"



Hakim Daerah Terence Tay berkata ini bukan forum yang sesuai untuk membincangkan pertuduhan itu dan memberi keyakinan kepadanya bahawa dia akan mendapat akses kepada bantuan perubatan jika diperlukan semasa dalam reman.



Wong akan kembali ke mahkamah minggu depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >