Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu subsidi pemerintah: Bekas pengarah tajaka didenda

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas penolong pengarah rantaian tajaka yang kini sudah tutup didakwa bersekongkol dengan dua lagi individu untuk menipu sebuah agensi pemerintah memberi subsidi hampir $5,000.



Arulanadam Rajeswary, pengetua di beberapa tajaka Faith Educare sebelum dinaikkan pangkat, didenda $6,000 semalam. Rajeswary, berusia 53 tahun, mengaku bersalah bagi dua tuduhan menipu melibatkan $2,100.



Enam tuduhan serupa diambil kira semasa Hakim Daerah Wong Li Tein menjatuhkan hukuman, lapor The Straits Times.



Rajeswary bersekongkol dengan Josephine Tan Poh Choo, 53 tahun, dan Fatimah Bivee Mohd Shariff, 43 tahun. Mereka membuat tuntutan subsidi palsu kepada Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda) pada 2016.



Tan pengarah dan pemegang saham tajaka-tajaka itu sementara Fatimah pengetua di dua tjaka tersebut.



Antara 2015 dengan 2016, Tan menyuruh Rajeswary menyerahkan tuntutan subsidi penjagaan kanak-kanak asas kepada Ecda bagi kanak-kanak yang tidak atau belum menghadiri tajaka itu.



Rajeswary menggunakan maklumat yang sebelum itu didapatkan dalam borang yang diberi kepada tajaka itu oleh ibu bapa mahu mendapatkan subsidi.



Dia juga perlu "mengesahkan" kehadiran kanak-kanak itu dalam Sistem Perhubungan Penjagaan Kanak-kanak Ecda, di mana tuntutan subsidi diserahkan.



Fatimah kemudian akan menandatangani bagi pihak ibu bapa di rekod keluar masuk untuk menunjukkan kanak-kanak itu kononnya berada di tajaka tersebut.



Ecda mengeluarkan $4,800 berdasarkan tuntutan palsu mereka. Agensi itu membuat laporan polis pada 31 Ogos 2016.



Dokumen mahkamah tidak menjelaskan bagaimana kesalahan itu diketahui, namun berkata Rajeswary dan Fatimah tidak meraih sebarang manfaat secara peribadi daripada penipuan tersebut.



Tan telah membuat bayaran penggantian penuh bagi jumlah yang dikeluarkan Ecda.



Dia didenda $10,500 pada 6 Julai, sementara Fatimah didenda $3,000 pada 1 Julai.



Mahkamah diberitahu bahawa Tan telah menjual tajaka-tajaka itu pada Disember 2019.



Bagi setiap kesalahan menipu, Rajeswary boleh dihukum penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >