Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu tawaran kerja: 11 jadi mangsa sejak Dis

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



SEKURANG-KURANGNYA 11 mangsa telah diperdaya dan kerugian sekitar $53,000 sejak Disember menerusi 'tawaran' pekerjaan di media sosial.



Polis memberi amaran kelmarin ia merupakan jenis penipuan baru melibatkan tawaran pekerjaan di mana mangsa diundang menerima pekerjaan yang menawarkan bayaran komisen menerusi jualan produk pada aplikasi pindah alih palsu dan dikenali sebagai Shopee Pay.



Aplikasi ini tiada kaitan dengan wadah e-dagang Shopee.



Mangsa biasanya diperkenalkan pada pekerjaan ini oleh teman mereka atau setelah dihubungi menerusi media sosial.



Mereka kemudian diarahkan untuk memuat turunkan aplikasi Shopee Pay menerusi laman web yang diberikan.



Bagi memenuhi ketetapan pekerjaan dan menjalankan pindah alih wang menerusi aplikasi palsu itu, mangsa diberitahu agar memasukkan wang ke dalam akaun Shopee Pay dengan membeli mata wang kripto dan memindahkannya kepada alamat dompet mata wang kripto yang tertera dalam aplikasi berkenaan.



Mata wang kripto ini akan dibeli menerusi transaksi teman-kepada-teman secara pemindahan bank atau PayNow, sebelum dipindahkan ke dompet mata wang kripto si penipu.



Selepas transaksi itu selesai, aplikasi palsu itu akan menunjukkan dana sudah tersedia bagi pekerjaan itu.



Mangsa kemudian perlu meletakkan barangan dalam 'cart', atau ruang di mana barangan dalam talian diletakkan dan membayarnya dengan wang dalam akaun mereka



Mereka kemudian meraih komisen setelah menyelesaikan tempahan mereka.



Dalam beberapa hal, mangsa diberitahu bahawa Penguasa Kewangan Singapura telah membekukan akaun Shopee Pay mereka dan selanjutnya membiaya tokokan yang diperlukan untuk membebaskan dana daripada akaun mereka.



Mangsa penipuan ini selanjutnya mengetahui bahawa mereka ditipu apabila mereka tidak boleh mengeluarkan komisen yang tertera pada akaun Shopee Pay mereka.



Pihak Shopee telah mengesahkan bahawa platform beli-belah e-dagangnya tidak ada kena-mengena dengan aplikasi pindah alih Shopee Pay.



Ciri-ciri e-dompet, ShopeePay, hanya boleh diakses menerusi aplikasi rasminya, kata polis.



Polis juga menasihati orang awam agar tidak menerima "tawaran pekerjaan yang mencurigakan serta menawarkan pulangan menguntungkan bagi usaha yang minimal", tidak memuat turunkan aplikasi daripada sumber yang tidak sah dan tidak mengirim wang atau menjalankan transaksi dengan mata wang kripto bersama sesiapa yang tidak dikenali secara peribadi atau belum pernah ditemui.



Mereka yang mempunyai keterangan mengenai jenayah sebegini boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau kirimkan maklumat dalam talian ke laman beralamat https://www.police.gov.sg/iwitness.



Mereka juga boleh hubungi 999 bagi mendapatkan segera bantuan polis. Untuk keterangan mengenai penipuan, orang awam boleh lungsuri laman beralamat https://www.scamalert.sg, atau hubungi talian hotline antipenipuan di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >