Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Token TraceTogether boleh diambil dari 108 CC mulai Isnin; lebih 2.6 juta token diambil sejauh ini

Jan 29, 2021 | 06:35 PM



MULAI Isnin (1 Feb), orang ramai boleh mengambil token TraceTogether mereka dari salah satu daripada 108 kelab dan pusat masyarakat (CC) di Singapura.


Sebelum itu, pengambilan hanya dapat dilakukan di CC tertentu dan orang ramai harus mengambil token mereka dari CC di kawasan undi mereka.


Lebih 2.6 juta token telah diambil sejauh ini di bawah program TraceTogether, yang membantu dalam penjejakan kontak rapat pesakit Covid-19 yang disahkan supaya mereka dapat dikenal pasti dan dikuarantin dengan cepat untuk mengehadkan penyebaran virus itu dalam masyarakat.


Pengguna token sedia ada boleh menggantikan token mereka di CC jika bateri telah habis atau jika token itu rosak, kata Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) dalam satu kiriman Facebook pada Khamis (28 Jan).


Token perlu diganti jika ada lampu merah yang berkelip atau apabila lampu berhenti berkelip.


Jika token menunjukkan lampu hijau yang berkelip sekali seminit, ia sedang berfungsi dengan baik.


Token TraceTogether adalah alternatif kepada aplikasi penjejakan kontak Covid-19 bagi mereka yang memilih untuk tidak menggunakan telefon atau tidak mempunyai telefon.


Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama untuk merakam data kontak rapat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >