Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Tokoh perbankan Bahren Shaari Jauhari 2018

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Anugerah Jauhari Berita Harian

Tokoh perbankan Bahren Shaari Jauhari 2018

Oct 31, 2018 | 08:30 PM

TOKOH perbankan Encik Bahren Shaari, ialah Anugerah Jauhari Berita Harian 2018.

Encik Bahren, 56 tahun, ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore - jawatan yang didukungnya sejak 2015 - dan kini memimpin hampir 1,700 kakitangan di Singapura dan lima negara di Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Melebihi pencapaiannya dalam bidang perbankan, Encik Bahren dipilih sebagai pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian 2018 kerana jasanya kepada masyarakat Melayu Islam dan Singapura.

Beliau seorang sukarelawan aktif dan adalah anggota berselang Majlis Penasihat Presiden (CPA). Pada 2008, Encik Bahren dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat oleh Presiden Singapura.

Editor Berita Harian Encik Saat A. Rahman berkata:  “Pencapaian Bahren yang cemerlang dalam sektor perbankan privet, mengendalikan urusan klien berpengaruh, amat memberi inspirasi. Melebihi itu, keperluan masyarakat juga sentiasa di mindanya, dan beliau memberi sumbangan secara aktif kepada pelbagai pertubuhan. Latar belakangnya, dari keluarga yang sederhana, menjadikan beliau tokoh contoh yang layak, bukan sahaja bagi masyarakat Melayu Islam, malah kepada semua warga Singapura.”

Bercakap kepada wartawan di sidang media sebelum majlis anugerah itu, Encik Bahren berkata beliau menerima anugerah itu dengan rendah hati dan berharap dapat terus memberi sumbangan dalam dunia korporat dan kepada masyarakat.

“Jika saya boleh menyentuh dan mengubah hidup orang lain… itulah yang sebaik-baiknya. “Saya menjadi orang yang amat bahagia jika saya boleh membantu orang, dengan apa cara sekalipun,” kata Encik Sahren.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3