Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokokan $200 ke Edusave, PSEA pelajar

Apr 30, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 540,000 warga Singapura berusia antara tujuh hingga 20 tahun pada tahun ini masing-masing akan menerima tokokan sekali sebanyak $200 dalam akaun Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) pada Mei nanti.



"Tokokan ini adalah sebahagian daripada Pakej Sokongan Isi Rumah yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2022 bagi menyediakan keluarga dengan sokongan tambahan untuk perbelanjaan berkaitan pendidikan anak-anak mereka, dan sebagai tambahan kepada sumbangan tahunan Edusave," kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Diumumkan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong semasa ucapan Belanjawannya di Parlimen pada Februari lalu, pakej bernilai $560 juta itu bertujuan membantu keluarga Singapura menguruskan tekanan kos sara hidup dengan menyediakan sokongan melalui rebat utiliti, tokokan akaun pendidikan kanak-kanak dan baucar yang boleh digunakan di kedai sekitar kawasan kejiranan dan gerai penjaja.



Dana dalam akaun Edusave dan PSEA boleh digunakan untuk membayar yuran dan program yang diluluskan.



Ini termasuk program pengayaan yang dianjurkan oleh sekolah, pelbagai yuran dan pembelian komputer riba atau tablet untuk pembelajaran digital di sekolah menengah, maktab rendah atau Institut Millennia.



Dana akaun Edusave juga boleh digunakan untuk menampung beberapa perbelanjaan di sekolah rendah dan menengah, dan kolej rendah atau di Institut Millennia.



Dana dalam PSEA bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan pendidikan pasca menengah, termasuk di politeknik, Institut Pendidikan Teknikal, serta enam universiti tempatan.



Tokokan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun Edusave atau PSEA penerima pada akhir Mei, kata kedua-dua kementerian.



Tiada tindakan diperlukan daripada penerima.



Kedua-dua kementerian menambah bahawa ibu bapa penerima yang layak akan menerima e-pemberitahuan melalui aplikasi SingPass mereka, memaklumkan mereka tentang tokokan yang berjaya dikreditkan menjelang akhir Mei.



Sementara itu, ibu bapa tanpa aplikasi SingPass akan dimaklumkan melalui SMS.



Maklumat lanjut mengenai akaun Edusave dan PSEA boleh didapati di laman Edusave MOE dan laman PSEA MOE.



Mereka yang mempunyai pertanyaan tentang akaun Edusave dan baki PSEA boleh menghubungi talian Edusave dan PSEA MOE di 6260-0777.



Mereka juga boleh mengemukakan pertanyaan kepada pembantu maya "Ask MOE" atau boleh merujuk bahagian soalan yang sering ditanya di laman MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >