TOKOKAN MediSave sekitar $180 juta akan diagihkan kepada warga emas yang layak tahun ini, sebagai sebahagian daripada pakej Generasi Perintis, umum Kementerian Kewangan (MOF) semalam.
Dalam kenyataannya, MOF berkata warga perintis akan menerima surat pada minggu akan datang yang memberitahu mereka tentang tokokan tersebut, yang akan diberikan pada Julai.