Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokokan Medisave amat membantu bagi bekas pemandu teksi Generasi Perintis

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



SELAMA sekitar dua dekad, Encik Ibrahim Muzakasah Kassim Rahim berhempas-pulas memandu teksi untuk menyara kehidupan keluarganya sebelum bersara pada 2000.



Semasa masih bekerja, bapa tiga orang anak itu berusaha dari semasa ke semasa untuk membuat sumbangan kepada akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) tetapi simpanan itu masih tetap tidak mencukupi untuk menampung kos perubatannya.



Encik Ibrahim, yang tahun ini berusia 73 tahun, menghadapi penyakit kencing manis, serta kolesterol dan darah tinggi.



Oleh itu, beliau bersyukur mendapat sokongan kukuh daripada anak-anak, serta pelbagai manfaat menerusi Pakej Generasi Perintis (PG).



Selain subsidi yang diterimanya di poliklinik dan hospital, Encik Ibrahim juga menerima tokokan kepada Medisave setiap tahun.



Bermula tahun ini, pemerintah akan memberikan tokokan Medisave yang lebih tinggi sebanyak $250 hingga $900 kepada semua anggota PG, berbanding $200 hingga $800 sebelum ini.



Anggota PG akan menerima tokokan tahunan itu sepanjang hayat mereka.



Sebagai tambahan, anggota PG berusia 82 tahun dan ke atas tahun ini dan mempunyai penyakit sedia ada yang serius akan menerima tokokan sebanyak $50 hingga $200 lagi setiap tahun dari tahun ini hingga 2025.



Mengikut kategori usianya, Encik Ibrahim pula akan menerima tokokan Medisave sebanyak $250, yang meningkat daripada $200 sebelum ini.



"Memang pakej Generasi Perintis ini telah banyak bantu saya. Lagi-lagi sekarang saya tak kerja.



"Setiap sen amat membantu," kata Encik Ibrahim, yang mempunyai dua cucu.



Akaun Medisave Encik Ibrahim membantunya untuk membiayai kos perubatan.



Beliau kini mengambil sekitar 15 biji ubat setiap hari, dan pergi ke poliklinik sekitar setiap dua hingga empat bulan.



Setelah menolak subsidi, beliau perlu membayar sekitar $20 hingga $120 dari poket sendiri untuk menampung bil perubatannya setiap kali beliau ke poliklinik.



Selain itu, beliau menerima bayaran setiap bulan menerusi CPF Life, yang sedikit sebanyak juga memberi sokongan tambahan.



Encik Ibrahim akur dengan adanya sokongan seperti Pakej PG, beliau kurang risau tentang kos perubatannya pada jangka masa panjang.



"Saya pun tak mahu terlalu bergantung 100 peratus kepada bantuan. Apa yang kita boleh lakukan untuk bantu diri sendiri, kita cuba lakukan," katanya.



Selain anggota PG, warga emas Generasi Merdeka (MG) juga akan menerima tokokan Medisave sebanyak $200 Julai ini.



Tokokan Medisave bagi MG itu diberikan setiap tahun dari 2019 hingga 2023



Menjelang hujung bulan ini, perintis dan warga emas MG akan menerima surat mengenai butiran tokokan Medisave mereka tahun ini, dan tokokan itu akan diberikan pada bulan depan.



Tokokan bagi anggota PG dan MG pada bulan depan itu secara keseluruhannya berjumlah $278 juta.




TOKOKAN MEDISAVE 



Berikut jumlah tokokan Medisave yang akan diterima anggota Generasi Perintis (PG) dan Generasi Merdeka (MG) bulan depan



GENERASI PERINTIS



  • Lahir sebelum atau pada 1934 (usia 87 ke atas): $900 / $1,150 (berpenyakit serius)

  • Lahir 1935 - 1939 (82-86 tahun): $700 / $750 (berpenyakit serius)

  • Lahir 1940 - 1944 (77-81 tahun): $500

  • Lahir 1945 - 1949 (72-76 tahun): $250

GENERASI MERDEKA

$200




"Memang pakej Generasi Perintis ini telah banyak bantu saya. Lagi-lagi sekarang saya tak kerja. Setiap sen amat membantu...

Saya pun tak mahu terlalu bergantung 100 peratus kepada bantuan. Apa yang kita boleh lakukan untuk bantu diri sendiri, kita cuba lakukan."

- Encik Ibrahim Muzakasah Kassim Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >