PUSINGAN pertama tokokan Medisave di bawah Pakej Generasi Perintis akan diagihkan awal Julai ini, kata Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, semalam.
Golongan perintis juga bakal memanfaatkan Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) September ini, lebih awal daripada tarikh 15 Januari tahun depan yang diumumkan sebelum ini.