Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tol bagi bas, kereta dan teksi di Woodlands dan Tuas dikurangkan mulai 2 Mac

Feb 09, 2020 | 08:27 PM



BAYARAN tol untuk kereta, bas dan teksi di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan dikurangkan mulai 2 Mac ini.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya pada Ahad (9 Februari) berkata langkah itu adalah sebagai respons terhadap pengurangan caj tol bagi kereta, bas dan teksi di Malaysia di Plaza Tol Plaza Sultan Iskandar (Koswe) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (Link Kedua).



Malaysia mengurangkan caj tol di dua pusat pemeriksaan itu pada 1 Februari.



Di pusat pemeriksaan Woodlands, tol untuk kereta akan dikurangkan dari $1 ke 80 sen manakala caj tol bagi teksi akan dikurangkan dari 50 sen ke 40 sen. Bayaran tol bas akan dikurangkan dari 80 sen kepada 60 sen.



Di Tuas, caj tol untuk kereta dikurangkan dari $2.50 ke $2.10 semasa waktu sibuk, dan $1.30 ke $1.10 pada waktu tidak sibuk.



Bayaran tol teksi akan disemak semula dari $1.90 ke $1.60 untuk waktu sibuk dan dari $1 ke 80 sen pada waktu tidak sibuk.



Caj untuk bas akan dikurangkan dari $3 ke $2.50 untuk waktu sibuk dan dari $1.50 ke $1.20 pada waktu tidak sibuk.



Waktu sibuk di pusat pemeriksaan Tuas adalah dari 5 pagi hingga 10 pagi serta 3 petang hingga 11 malam.



Caj tol untuk van, kenderaan ringan dan kenderaan berat tidak berubah. 



LTA juga mengumumkan pelancaran perkhidmatan digital baru untuk membolehkan pemilik kenderaan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi yang berdaftar di negara Asean untuk memohon Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam Asean.



Perkhidmatan digital akan tersedia melalui laman web OneMotoring mulai 10 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >