Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tolak anggota NS ke perigi: Pegawai waran pertama bersubahat

Oct 31, 2019 | 02:40 PM



SEORANG pegawai waran pertama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) merupakan orang ketiga didapati bersalah dalam kes menolak anggota Perkhidmatan Negara (NS) Koperal Kok Yuen Chin, 22 tahun, ke dalam perigi pam, menyebabkan kematiannya.



Awal hari ini (31 Oktober), Hakim Daerah Utama Kedua Victor Yeo mendapati bahawa Mohamed Farid Mohd Saleh, 36 tahun, bersalah menghasut Muhammad Nur Fatwa Mahmood, 34 tahun, seorang staf sarjan, dengan memberitahunya untuk menolak Koperal Kok ke dalam perigi pam sedalam 12 meter di Balai Bomba Tuas View pada 13 Mei tahun lalu. 



Beliau lemas setelah Nur Fatwa menolaknya ke dalam.



Dua lagi lelaki terlibat dalam kes ini telah mengaku bersalah.



Nur Fatwa dijatuhkan hukuman satu tahun dan empat minggu di penjara Oktober lepas manakala Adighazali Suhaimi, 33 tahun, seorang staf sarjan, dipenjarakan selama sebulan Disember tahun lalu.



Dua lagi, Kenneth Chong Chee Boon, leftenan berusia 38 tahun dan Nazhad Mohamed Nazi, 40 tahun, seorang pehgawai waran kanan pertama, telah menuntu perbicaraan dan kes mereka masih belum selesai.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >