Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tolak ibu majikan warga emas: Amah dihukum penjara 2 bulan

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



GERAM dengan jumlah kerja rumah yang perlu dibuatnya, selain menjadi pengasuh kepada ibu majikannya yang sudah lanjut usia, seorang pembantu rumah telah menolak warga senja yang berusia 85 tahun itu hingga menyebabkan kecederaan pada pinggulnya.



Semalam, Kyu Kyu Aye telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atas kesalahan melakukan tindakan terburu-buru hingga menyebabkan kecederaan.



Pembantu rumah berusia 41 tahun yang berasal dari Myanmar telah bekerja bersama majikannya selama enam tahun, dan diberi tanggungjawab untuk melakukan kerja rumah dan menjaga warga senja itu.



Mahkamah diberitahu bahawa mangsa mempunyai kaki yang lemah dan cenderung terjatuh.



Sekitar Ogos tahun lalu, wanita tua itu sedang berjalan masuk ke dapur secara perlahan dan Kyu Kyu Aye pula mahu beliau berjalan dengan cepat.



Dia kemudian menolak dan menarik wanita tua itu beberapa kali, dan juga menolaknya dari bahagian belakang leher atau kepala wanita itu, menyebabkan beliau untuk jatuh.



Kejadian tersebut dirakam dalam kamera keselamatan di dalam rumah itu.



Mangsa dibawa ke hospital dan didapati mengalami kecederaan patah pinggul.



Penolong Pendakwa Raya (APP) Lydia Goh meminta agar mahkamah memberikan hukuman penjara selama dua hingga tiga bulan terhadap pembantu rumah itu.



Beliau berkata mangsa tidak dapat melindungi dirinya sendiri, dan bahawa pembantu rumah itu tahu yang wanita itu merupakan seseorang yang lemah.



APP Goh menambah Kyu Kyu Aye juga telah menggunakan kekerasan terhadap mangsa apabila bergerak perlahan sebelum ini, dengan menepuk-nepuk atau menolaknya.



Peguam bela Wilbur Lua berkata pembantu rumah itu telah mengaku atas tindakannya yang kurang sabar.



Beliau juga meminta agar mahkamah memberikan hukuman penjara yang lebih ringan antara enam hingga lapan minggu.



Hakim Daerah Chay Yuen Fatt berkata kejadian itu bukanlah hanya satu kejadian yang malang, dan bahawa keseriusan tindakan pembantu rumah itu tidak boleh diremehkan.



Kyu Kyu Aye boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan denda hingga $20,000 atas kesalahan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >