JIKA kebanyakan pelajar tidak melepaskan peluang melanjutkan pengajian di universiti mapan setempat, Cik Nur Faizah Abdul Ja'affar dan Encik Muhammad Haziq Sulaiman pula melakukan sebaliknya.
Mereka menolak tawaran Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi mendapat tempat di universiti baru dan keempat di sini - Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).