Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

'Tolonglah juga keluarga kami terutama yang ramai anak'

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS 17 tahun bekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B), Cik Nuraini Mohd Yusof memutuskan untuk berhenti kerja dan beralih melakukan kerja penghantaran bersama GrabFood secara sepenuh masa pada Julai 2019.



Ini kerana dengan umurnya yang semakin meningkat, Cik Nuraini, 46 tahun, berasakan beliau tidak lagi sesuai bertugas dalam industri F&B.



Di samping itu, beliau juga mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan dua cucunya.



Ini meskipun gaji yang dibawa pulang sebagai pekerja penghantaran tidak setinggi gaji yang diraihnya sebagai pengurus F&B dahulu.



"Saya rasa dah tak sesuai bekerja dalam industri F&B disebabkan umur saya. Lagipun, saya mahu luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak dan cucu saya.



"Industri F&B biasanya waktu kerjanya panjang. Hujung minggu dan hari cuti umum pun saya perlu kerja. Tetapi bagi kerja penghantaran, sekurang-kurangnya saya ada masa untuk anak-anak dan cucu," kata beliau.



Namun, bertugas sebagai pekerja penghantaran dengan platform dalam talian juga tidak begitu mudah.



Pekerja seperti Cik Nuraini perlu bekerja keras untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk diri sendiri supaya dapat membawa pulang pendapatan yang mencukupi untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.



Cik Nuraini, yang menggunakan basikal dengan kuasa atau e-basikal, berkongsi bahawa sasarannya adalah untuk melakukan sekitar 20 pesanan makanan setiap hari, dan beliau berusaha gigih melakukan 50 pesanan makanan dalam seminggu supaya dapat meraih insentif $50.



Beliau bekerja dari 8 pagi hingga 8 malam hampir setiap hari, dan dalam seminggu, beliau boleh membawa pulang pendapatan antara $300 dengan $400.



Tambah Cik Nuraini, pekerja sepertinya juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) supaya tidak didenda.



Ini seperti mematuhi had kelajuan dan juga had berat bagi alat yang digunakan.



Selain memenuhi sasaran yang ditetapkan dan mematuhi peraturan, pekerja penghantaran juga perlu mengharungi cabaran di luar kawalan mereka seperti cuaca yang tidak menentu.



"Sama ada hujan lebat dengan petir atau matahari panas terik, kita tetap perlu sabar dan buat kerja. Kulit saya dah sampai jadi 'coklat gelap' tetapi inilah kesabaran yang saya perlu ada untuk mencari rezeki bagi diri sendiri dan keluarga," katanya.



Cik Nuraini menambah bahawa pekerja penghantaran juga kadangkala menghadapi masalah seperti kemalangan semasa menjalankan tugas.



Malah, beliau sendiri pernah terlibat dalam kemalangan di mana sebuah kereta tergesel tepinya ketika di jalan raya, menyebabkan Cik Nuraini terjatuh dan terseliuh sikunya.



Walaupun masih dalam keadaan sakit, Cik Nuraini berkata beliau kembali bekerja keesokannya kerana perlu "mencari duit".



Mujur, Cik Nuraini telah pun mendapatkan insurans kemalangan peribadi bersama Grab dan bil hospitalnya dapat dituntut di bawah insurans itu.



Cik Nuraini berharap lebih banyak perlindungan dapat disediakan buat pekerja penghantaran platform dalam talian seperti dirinya dan juga sokongan diberikan kepada keluarga mereka.



"Kerja penghantaran ini bukan senang. Kadangkala bila kita jalan tepi orang, orang seakan-akan pandang rendah pada kita. Padahal kita juga bekerja dan menghantar makanan untuk mencari rezeki.



"Tetapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya pemerintah nampak kita bekerja bersungguh-sungguh dan kami dihargai.



"Saya berharap lebih banyak perhatian dapat diberikan kepada pekerja penghantaran seperti kami. Kalau boleh, tolonglah juga dari segi keluarga kami kerana ada yang anak ramai, dan ada juga yang lakukan kerja ini sementara waktu sambil menanti kerja tetap," kata beliau.




"Kerja penghantaran ini bukan senang. Kadangkala bila kita jalan tepi orang, orang seakan-akan pandang rendah pada kita. Padahal kita juga bekerja dan menghantar makanan untuk mencari rezeki. Tetapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya pemerintah nampak kita bekerja bersungguh-sungguh dan kami dihargai. Saya berharap lebih banyak perhatian dapat diberikan kepada pekerja penghantaran seperti kami. Kalau boleh, tolonglah juga dari segi keluarga kami kerana ada yang anak ramai, dan ada juga yang lakukan kerja ini sementara waktu sambil menanti kerja tetap.''
- Cik Nuraini Mohd Yusof.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >