Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Tong lut sinar dirintis galak warga kitar semula

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tong lut sinar dirintis galak warga kitar semula

nea
Nov 14, 2021 | 06:16 PM

 

Tong kitar semula lut sinar bagi menggalak tingkah laku kitar semula yang betul.

Usaha itu kini dirintis Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Matlamatnya ialah untuk meninjau jika reka bentuk tong lut sinar mempunyai kesan dalam mengurangkan kadar pencemaran bahan kitar semula dalam tong sampah biru yang dikhususkan bagi bahan sisa yang boleh dikitar semula.

Menjelaskan dalam satu kenyataan bersama pada Ahad (14 Nov), MSE dan NEA berkata dua usaha perintis akan dilaksanakan secara serentak di blok-blok HDB terpilih di Hong Kah North dan kawasan undi East Coast selama lapan minggu, bermula semalam hingga 9 Januari ini.

Sedang satu usaha perintis itu akan menilai keberkesanan tong lut sinar berbanding tong kitar semula biru biasa manakala usaha perintis yang kedua pula akan menilai keberkesanan pengumpulan bahan-bahan kitar semula secara berasingan atau sebaliknya.

Kedua-dua usaha perintis itu dilancarkan pada Ahad (14 Nov) oleh Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, semasa acara Hong Kah North Environment Drive 2021.

Tong kitar semula lut sinar itu adalah susulan kepada maklum balas Kumpulan Kerja Warga #RecycleRight yang ditubuhakn MSE pada 2019.

Kumpulan yang merangkumi 40 individu daripada latar belakang yang berbeza itu dibentuk untuk memikirkan cara Singapura boleh mempertingkatkan cara keluarga-keluarga di sini mengitar semula.

Laporan yang dilengkapi dengan sembilan saranan telah diserahkan kumpulan tersebut kepada MSE, dengan kementerian itu mengenalpasti empat projek untuk dirintis. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3