TONTON The BM Show minggu ini, tinggalkan komen menarik anda di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura dan berpeluang memenangi baucar wang tunai bernilai $100 dari Audio House.
Audio House ialah peruncit elektronik setempat yang telah bertapak lebih 30 tahun di Singapura, menjual lebih 2,700 barangan elektronik termasuk mesin pembasuh, pembersih vakum, pemanas air, peralatan kecil dan banyak lagi.
Platform dalam talian Audio House juga menawarkan mainan kanak-kanak, barangan keperluan rumah dan barang runcit.
Audio House ialah peruncit pertama dalam pasaran yang memperkenalkan konsep menawarkan alat elektronik sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga paling terendah lain di Singapura.
Ia berjanji memadankan harga barangannya dengan harga mana-mana pesaing lain dan di samping itu, menawarkan pulangan tunai tambahan $20 dengan setiap $100 dibelanjakan di seluruh kedai.
Bilik pameran Audio House juga merupakan yang pertama menggunakan konsep tanpa tunai sepenuhnya di mana tiada langsung kaunter pembayaran.
Kunjungi bilik pameran terbaru Audio House di 23 Ubi Road 4 yang beroperasi dari 12.30 tengah hari hingga 9 malam setiap hari atau lungsuri laman web Audiohouse.com.sg.