SEBAGAI susulan kepada rencana bertajuk Kafe dan kopi jadi tarikan yang diterbitkan akhbar ini pada 27 September lalu, anda kini dapat menyaksikan video tentang dua usahawan itu, Encik Shakir Mudzakker dan Encik Ahmad Hidayat Ahmad Safiee.
Encik Shakir, yang membuka kafe The Bravery setahun lalu, memperkatakan bagaimana datangnya minat beliau menceburi perniagaan kafe dan sebab di sebalik konsep kafenya itu.